web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 3 Suria KLCC

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 3:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat pusat beli-belah Suria KLCC, di sini, hari ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

“Pihak polis Dang Wangi menerima panggilan jam 1.52 petang, yang memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC.

“Siasatan masih dijalankan,” katanya kepada media.

Difahamkan, lelaki terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Terdahulu, video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan mangsa terbaring tidak sedarkan diri di kompleks beli belah terkemuka itu tular di platform media sosial.

Menurut ciapan beberapa pengguna di Twitter, mangsa dikatakan berlari dengan laju, dan cuba ditahan oleh beberapa pekerja restoran, malangnya usaha berkenaan menemui kegagalan.

Dalam video terbabit, turut kelihatan pengawal keselamatan dan beberapa individu menutup mayat lelaki berkenaan menggunakan kain dan khemah kecil.

Mohamad Zainal memberitahu, kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipanggil ke lokasi.

“Siasatan awal melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa terjun dari tingkat empat bangunan berkenaan.

“Dia disahkan berusia 25 tahun, dan didapati mempunyai kad rawatan psikiatrik dari Hospital Klang, berdasarkan kepada dokumen yang dijumpai di dalam beg galas miliknya,” katanya.

Mayat mangsa jelas Mohamad Zainal lagi, dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad