web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tren Bermasalah Lagi, Penumpang LRT Laluan Kelana Jaya Kena ‘Sidai’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 9:03PM

Penumpang LRT Laluan Kelana Jaya sekali lagi hampa selepas pengangkutan awam tersebut kembali bermasalah petang tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya terpaksa menunggu lama untuk pulang ke rumah masing-masing selepas pengangkutan awam tersebut sekali lagi bermasalah petang ini.

Notis berhubung kelewatan kekerapan tersebut dimaklumkan Rapid KL menerusi akaun Twitter, @AskRapidKL jam 5.20 petang tadi.

Melalui notis pemakluman tersebut, @AskRapidKL memberitahu bahawa kekerapan LRT laluan Kelana Jaya meningkat kepada 15 minit di beberapa stesen antara Kerinchi ke Ampang Park susulan sebuah trennya dibawa keluar daripada perkhidmatan.

“Tren gantian akan beroperasi sebentar lagi dan jadual perjalanan akan diselaraskan. Terima kasih atas kesabaran anda dan kami memohon maaf atas kesulitan,” ciapnya.

Terbaharu, pada jam 7 petang, @AskRapidKL sekali lagi memaklumkan jangkaan kekerapan tren di LRT laluan Kelana Jaya meningkat kepada lapan minit di beberapa stesen antara Kerinchi ke Ampang Park akibat masalah sama.

Bagaimanapun, dalam ciapan terbaharunya itu, @AskRapidKL memaklumkan terdapat gangguan pada sistem keselamatan (PIES).

“Jangkaan kekerapan lapan minit di beberapa stesen antara Kerinchi ke Ampang Park kerana sebuah tren dibawa keluar daripada perkhidmatan.

“Ini berikutan terdapat gangguan pada sisten keselamatan (PIES) yang telah disambar kilat yang menganggu frekuensi tren. Kerja baikpulih sedang giat dijalankan,” ciapnya. 

Gangguan terbaharu itu mengakibatkan Twitter @AskRapidKL dihujani kecaman pengguna yang terpaksa bersesak dan menunggu lebih lama akibat masalah tersebut.

Seorang pengguna Twitter Overtherainbow (@Overthe74308901) berkata, dia terpaksa menunggu lebih 40 minit, malah penumpang di beberapa gerabak dihalau sehingga mengakibatkan kesesakan di Stesen Dang Wangi.

Menurutnya, dua lagi tren yang datang kemudiannya tidak boleh dinaiki disebabkan terlalu penuh.

“Boleh tak tingkatkan kekerapan? Selang masa 15 mini pada waktu puncak sangat tak masuk akal. Jelas sekali tren sudah terlalu penuh. Tolong perbaiki waktu kekerapan. Jelas sekali kekerapan enam minit pada waktu puncak juga tak menyelesaikan masalah,” ciapnya. – Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya Segelintir Pegawai, Anggota Polis Bermasalah, Terlibat Jenayah - KPN

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 minit yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad