web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Sokong 100 Peratus Anwar Tak Benarkan Perolehan Tanpa Tender

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 2:54PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO menyokong sepenuhnya ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tata kelola pentadbiran kerajaan baharu yang tidak membenarkan kelulusan perolehan tanpa tender.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut dilihat boleh mengelakkan ketirisan dan penyelewengan wang kerajaan.

“Sokong 100 peratus. Tutup ruang segala bentuk yang boleh menjurus kepada ketirisan, kebocoran, penyelewengan dan rasuah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Anwar ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini berkata, negara tidak boleh lagi terus mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berlaku.

Malah, Perdana Menteri menyeru penjawat awam untuk bersama dalam satu pasukan bagi menyelamatkan dan mengangkat semula negara ini.

“Soal perolehan dan soal kelulusan tanpa tender, ini semua tidak boleh lagi,” katanya.

Khamis lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Keputusan tersebut dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.  

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.  

Menurutnya, ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 29 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad