web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Barisan Kabinet Perlu Hormati Pegawai Perkhidmatan Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 10:54AM

Anwar akan mengingatkan barisan Kabinet yang bakal dilantik dalam masa terdekat berhubung perkara itu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Kabinet yang bakal dilantik perlu menghormati pegawai perkhidmatan awam terutama mereka yang berpengalaman dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengingatkan barisan Kabinet yang bakal dilantik dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

“Di beberapa institusi (sebelum ini) saya memperoleh manfaat (dengan) mendengar pandangan dari pegawai-pegawai penjawat awam terutama (yang) mempunyai pengalaman lama dalam bidang pengkhususan mereka.

“Kalau pun saya membuat apa-apa cadangan balas atau teguran hanya selepas saya menghadam apa yang telah berlaku berdasarkan pengalaman mereka.

“Kepintaran, kecekalan dan minat kita tidak akan sama dengan pengalaman sebab itu saya akan menasihatkan rakan-rakan yang akan dipilih sebagai menteri untuk menghormati proses itu,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri memberi jaminan, sistem penjawat awam sebagai tunggak perkhidmatan itu akan dikekalkan, tetapi bakal diperkukuh dengan komitmen untuk mengangkat martabat insan dan perkhidmatan.

Dalam sejarah sesebuah negara, tambahnya, kerajaan dan kepimpinan saling bersilih ganti namun penjawat awam sebagai tunggak untuk mentadbir dan mengurus negara tetap kekal.

“Penjawat awam sebagai tunggak untuk mentadbir dan mengurus itu kekal dengan maksud mengangkat satu sistem peraturan negara yang tegak dengan hukum.

“Dan dengan hukum, peraturan ini mengandaikan wujud satu sistem penjawat awam yang cekap,” katanya. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad