web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Negara Tidak Boleh Lagi Izinkan Kebocoran, Ketirisan, Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 9:51AM

Anwar berucap pada majlis perjumpaan pertamanya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, negara ini tidak boleh lagi terus mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berlaku.

Berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar menyeru penjawat awam untuk bersama dalam satu pasukan bagi menyelamatkan dan mengangkat semula negara ini.

Anwar bersama sebahagian warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Anwar bersama sebahagian warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

"Tidak boleh lagi negara ini terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.

"Ini harus berlaku di semua peringkat maka untuk peringkat awal, saya ingin menyeru mengajak semua untuk bersama-sama dalam pasukan ini.

"Mari kita bertekad menyelamatkan negara kita, mengangkat semula. Hidup rakyat ini umumnya walaupun tidaklah separah negara lain, tetapi dalam keadaan yang sukar," katanya.

Jelas beliau, semua penjawat awam perlu berganding bahu bersamanya luntuk membawa islah perubahan ke arah kebaikan.

Tegas Perdana Menteri, kepimpinannya tidak mungkin berjaya sekiranya tunggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama beliau.

"Bukan semestinya (bersama) dalam jalur politik tetapi jalur perkhidmatan yang harus bebas, profesional dan terikat dengan semangat ikrar kita untuk menjadikan manusia yang berguna kepada keluarga dan masyarakat kita," katanya.

Warga JPM mengangkat tangan ketika doa dibacakan pada perjumpaan pertama mereka dengan Anwar di Putrajaya, hari ini.
Warga JPM mengangkat tangan ketika doa dibacakan pada perjumpaan pertama mereka dengan Anwar di Putrajaya, hari ini.

Beliau mengakui, antara kelemahan kepimpinan adalah apabila mereka terlalu yakin dan merasakan kejayaan hanya menerusi pengarahan namun tidak menjadikan diri sebagai contoh yang baik.

Gesanya, semua jentera kerajaan perlu bertekad melakukan sesuatu, berbanding sekadar mengandaikan keadaan akan berjalan seperti biasa.

"Keadaan mesti berubah dan berubah itu mesti datang dari kepimpinan termasuk kepimpinan perkhidmatan awam, kementerian dan jabatan yang harus menerima kenyataan supaya saya tidak perlu terlalu runsing menghadapi masalah-masalah dalam kalangan penjawat awam," katanya.

Perdana Menteri berkata negara perlukan perubahan untuk kembali ke tahap yang pernah dicapai sebelum ini.
Perdana Menteri berkata negara perlukan perubahan untuk kembali ke tahap yang pernah dicapai sebelum ini.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar semua pihak terus bekerja serta menghormati disiplin dan mempersiap diri dalam menghadapi masa depan.

"Yang penting adalah ke depan, ia seperti ayat dalam doa Nabi Shuib. Ia melibatkan kajian apa kita perlu buat untuk mempersiap diri hadapi masa depan. Soal perolehan dan soal kelulusan tanpa tender, ini semua tidak boleh lagi," katanya.

Anwar turut mengimbau pengalaman menyaksikan komitmen diberikan penjawat awam semasa beliau menerajui Kementerian Kewangan suatu ketika dahulu, yang bersemangat menyiapkan belanjawan negara sehingga jam dua pagi, tanpa mengeluh.

"Saya berhajat insya-Allah, tidak akan sahaja guna majlis seperti ini, (tetapi) saya akan turun ke jabatan-jabatan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan penjawat awam kerana saya anggap semua sebagai keluarga, barulah kita boleh bekerja sebagai satu pasukan," katanya. - Getaran, 29 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad