web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Lantik Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Jika Tidak Mahu Integriti Malaysia Tercemar 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 7:41PM

Guan Eng, Zahid Hamidi dan Syed Saddiq antara nama yang disebut BERSIH sebagai tidak boleh dilantik dalam Kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ahli Parlimen yang sedang menjalani pendakwaan di mahkamah ke jawatan dalam kabinet tidak seharusnya berlaku.

Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, perkara itu perlu direalisasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ia tidak menjejaskan integriti kerajaan dan mencemarkan reputasi negara. 

Menurut beliau, BERSIH bimbang dengan desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan mempertimbang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah Yayasan Akalbudi. 

"Walaupun telah dibebaskan daripada 40 tuduhan Rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, namun pendakwa telah mengemukakan rayuan untuk kes berkenaan,” katanya, hari ini.

Jelas jurucakap itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar juga tidak boleh dilantik dalam Kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya tanpa sebarang campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara.

BERSIH katanya, turut menggesa semua parti komponen di bawah kerajaan perpaduan agar tidak menamakan individu yang sedang dibicarakan di mahkamah untuk proses pembentukan Jemaah Menteri. 

"BERSIH berpandangan, sehingga pihak pendakwaan dan kehakiman benar bebas daripada pengaruh politik, wakil rakyat yang masih mempunyai kes mahkamah (tetapi) mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima. 

"Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka, sekalipun jika secara meritnya mereka layak dibebaskan," katanya. 

Tegas jurucakap itu, pelantikan terbabit sekiranya masih dilakukan, akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman. 

Kerajaan katanya, harus melakukan reformasi ke atas Jabatan Peguam Negara dengan memberikan kuasa mendakwa kepada Jabatan Pendakwaraya yang bebas. 

"Sebagai langkah segera, peranan pendakwa perlu dipindahkan sementara kepada Peguam Cara Negara iaitu jawatan kedua yang tidak politik di Jabatan Peguam Negara bagi memastikan pendirian neutral terhadap semua kes yang sedang berjalan.

"Ini terutamanya melibatkan ahli politik. Pengurusan semua kes ini tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar untuk pembentukan kerajaan atau Kabinet,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, cadangan untuk tidak melantik Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah sebagai anggota Kabinet, akan dibincangkan secara terperinci dengan parti yang menyertai kerajaan perpaduan.

Anwar menegaskan, pendirian Pakatan Harapan (PH) dalam isu tersebut adalah jelas, iaitu tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamahBagaimanapun, Presiden PKR itu berkata, memandangkan pentadbiran yang dibentuk ketika ini adalah kerajaan perpaduan, beliau perlu berbincang terlebih dahulu dengan parti gabungan lain. - Getaran, 28 November 2022


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Beri Lampu Hijau Ambil Tindakan Tegas Pada Ahli Parlimen Melampaui Batas

4

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan