web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Ejen Bookie Pertaruhan Piala Dunia Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 2:23PM

Kumpulan lelaki terbabit ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman dekat Taman Bukit Maluri Kepong, di sini, malam kelmarin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lelaki tempatan disyaki berperanan sebagai ejen ‘bookie’ pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman dekat Taman Bukit Maluri Kepong, di sini, malam kelmarin.

Semua suspek berusia 40 hingga 47 tahun itu dicekup dalam serbuan pada jam 10.15 malam susulan maklumat awam yang diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu modem, satu tablet, dua komputer riba dan kunci rumah.

"Siasatan mendapati kegiatan perjudian itu berselindung di sebalik sebuah rumah dan dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati hanya seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai satu rekod jenayah lampau" katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua suspek kini direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok untuk membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menguruskan aktiviti perjudian atas talian, Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 kerana bermain judi dalam talian," katanya.

Beliau berkata, Polis Kuala Lumpur turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terlibat di dalam mana-mana aktiviti perjudian. 

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482222," katanya. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad