web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zambry Nafi BN Calon Mohamad Sebagai TPM, ‘Banyak Sangat Berita Palsu’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 3:41PM

Zambry Abdul Kadir - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan bahawa terdapat lima nama Ahli Parlimen daripada parti itu bakal dilantik memegang jawatan anggota Kabinet, seperti terkandung dalam surat yang kini tular di media sosial.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan, dokumen itu yang menggunakan kepala surat tertera logo gabungan berkenaan adalah palsu.

“Banyak sangat berita palsu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau turut memuat naik surat tular itu yang diletakkan perkataan ‘PALSU’.

Menerusi kandungan surat bertarikh 26 November 2022 yang didakwa dikeluarkan Zambry itu, tertera kononnya pimpinan tertinggi BN bersetuju untuk menamakan Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat sebagai calon Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

“Pimpinan tertinggi BN juga bersetuju untuk menyerahkan beberapa nama cadangan daripada BN untuk dicalonkan dan dipertimbangkan, sebagai nama untuk beberapa menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (Kerajaan Perpaduan) yang bakal dibentuk kelak,” menurut surat itu.

Empat nama lain yang tertera itu adalah Datuk Seri Johari Ghani yang dicadang BN untuk memegang portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Azalina Othman (Menteri Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pendidikan) dan Datuk Mohamad Alimin (Menteri Kerja Raya). - Getaran 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran