web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Catat 31,822 Kes Demam Denggi Sejak Januari - Pengarah Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 1:44PM

Empat daerah yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi adalah Petaling (10,927 kes), Hulu Langat (7,444), Klang (5,405) dan Gombak (4,308) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 31,822 kes demam denggi dilaporkan di Selangor sejak Januari hingga 19 November tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Dr Sha’ari berkata daripada jumlah itu, berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5 peratus melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.

“Pada ME 46 iaitu bagi tempoh 13 hingga 19 November 2022, sejumlah 744 kes demam denggi dilaporkan di Selangor, iaitu penurunan sebanyak 8.4 peratus (68 kes) berbanding 812 kes pada minggu sebelumnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata empat daerah yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi adalah Petaling (10,927 kes), Hulu Langat (7,444), Klang (5,405) dan Gombak (4,308).

“Terdapat lapan kes kematian akibat demam denggi didaftarkan di Selangor tahun ini iaitu empat di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, dua di PKD Petaling manakala PKD Hulu Selangor dan PKD Kuala Langat masing-masing satu kes," katanya.

Sehubungan itu, Dr Sha’ari menyarankan setiap komuniti di kawasan kediaman supaya melaksanakan aktiviti pembersihan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala memandangkan cuaca hujan yang lebih kerap akan memperluas lokasi boleh bertakung air.

Beliau berkata keadaan yang lembap juga meningkatkan kemandirian hidup nyamuk Aedes.

"Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyarankan agar komuniti di kawasan kediaman meluangkan masa 10 minit seminggu untuk memastikan semua takungan air yang tidak digunakan dimusnahkan.

"Masyarakat juga perlu memastikan kawasan dalam rumah dan persekitaran sentiasa bersih, tiada tempat takungan air, meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di tempat takungan air yang tidak dapat dimusnahkan dan menutup rapat bekas takungan air kekal," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad