web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CUEPACS Minta Kekalkan Janji Kerajaan Lalu, Jangan ‘Pisang Berbuah 2 Kali’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 5:00PM

CUEPACS menyeru agar kerajaan baharu mengekalkan semua inisiatif untuk penjawat awam yang telah diumumkan kerajaan terdahulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mengekalkan empat inisiatif dijanjikan pentadbiran terdahulu kepada penjawat awam, termasuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100 mulai Januari depan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, selain KGT Khas, tiga inisiatif itu adalah Bantuan Khas Kewangan RM700, Bantuan Khas Kewangan untuk Pesara (RM350) dan Bantuan Khas Aidilfitri (RM600).

Katanya, Bantuan Khas Kewangan dan Bantuan Khas Aidilfitri, masing-masing dijanjikan akan disalurkan pada Januari serta Mac 2023.

 Adnan Mat
Adnan Mat

“Inisiatif berkenaan adalah antara yang dijanjikan kerajaan (ketika itu), selaku majikan kepada penjawat awam dan tidak wajar ditarik semula hanya kerana perubahan kerajaan.

“Tidak mahu tidak, ia mesti dilaksanakan mengikut tarikh diumumkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Keempat-empat inisiatif terbabit, dijanjikan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Bajet 2023 pada 7 November yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Adnan berkata, CUEPACS tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’ apabila pada 2018 inisiatif dijanjikan kerajaan ketika itu, tidak tertunai selepas berlaku peralihan pemerintahan negara, susulan keputusan PRU-14.

Menurutnya, antara inisiatif tidak ditunaikan itu adalah kenaikan gaji bersamaan satu KGT secara khas kepada semua penjawat awam yang dijanjikan bermula 1 Julai tahun sama.

“Inisiatif lain turut tidak ditunaikan ialah pemendekkan kenaikan pangkat secara ‘time-based’ kali kedua dikurangkan daripada 13 kepada 10 tahun yang dijanjikan berkuat kuasa 1 Januari 2018. Begitu juga dengan penambahan Gred DG56 bagi guru Kementerian Pendidikan (KPM).

“Perkara itu tidak wajar terjadi kerana selaku majikan, kerajaan tidak boleh menarik semula inisiatif berkenaan, setelah segala pengorbanan dilakukan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab sebagai jentera pentadbiran negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, istilah ‘pisang berbuah dua kali’ seharusnya tidak ada dalam kamus penjawat awam kerana kekecewaan pada 2018 masih berbekas, malah disebut hingga kini.

Justeru, beliau berkata, CUEPACS berharap pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus mengekalkan segala kemudahan diumumkan kerajaan sebelum ini.

“Pada masa sama, CUEPACS yakin semua Ahli Parlimen akan memberi sokongan kepada Perdana Menteri ketika sesi pembentangan belanjawan mini, 19 Disember ini,” katanya. - Getaran, 26 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad