web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Kes Tipu Jual Jam Dan Beg Mewah, Mangsa Rugi RM20 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 9:04AM

Siasatan juga mendapati lelaki tersebut turut terlibat dengan satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan menggunakan modus operandi yang sama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam kes penipuan pembelian jam tangan dan beg berjenama mewah sehingga empat mangsa mengalami kerugian mencecah RM20 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek berusia 32 tahun ditahan di sebuah premis kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, Ahad lalu, susulan laporan mangsa di daerah Johor Bahru dan Iskandar Puteri antara Ogos hingga bulan ini.

Katanya, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menawarkan jam tangan dan beg tangan edisi khas atau terhad jenama mewah seperti LV, Chanel, Dior, Hermes, Rolex, Patek Philippe dan Audemars Piguet kepada mangsa dengan harga jualan yang lebih murah berbanding harga pasaran.

"Mangsa akan berurusan secara bersemuka dengan lelaki itu dan setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, mangsa kemudiannya akan membuat pembayaran ke akaun bank yang diarahkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Kamarul Zaman, berkata setelah bayaran dibuat, lelaki berkenaan akan melarikan diri bersama wang yang telah dibayar oleh mangsa dan dia turut gagal dihubungi.

Mangsa tersebut adalah empat ahli perniagaan berumur antara 31 hingga 40 tahun.

Kamarul Zaman berkata siasatan juga mendapati lelaki tersebut turut terlibat dengan satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan menggunakan modus operandi yang sama.

Menurutnya, lelaki itu kini direman mulai hari ini sehingga Ahad bagi siasatan kes selesai di sini dan akan diserahkan kepada IPK Perak.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam