web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harap PM Bincang Dulu Dengan KSN, KSU Soal Kecilkan Saiz Kabinet

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 6:31PM

CUEPACS berkata penjawat awam akan terus berkhidmat dengan penuh profesional bagi memastikan dasar dan polisi dirancang kerajaan dapat dinikmati rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian, berhubung komitmen Pakatan Harapan (PH) untuk mengecilkan saiz Kabinet.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, perbincangan bersama itu bagi mengelak kesan tidak baik kepada jentera pentadbiran kerajaan.

Menurutnya, langkah terbabit perlu agar sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas, sehingga akhirnya mencemarkan nama baik penjawat awam selaku kumpulan pelaksana.

 Adnan Mat - Gambar fail
Adnan Mat - Gambar fail

“CUEPACS juga tidak mahu keputusan terburu-buru dilakukan terhadap dasar semasa yang sedang dilaksanakan penjawat awam, (menyebabkan ia) terganggu.

“Sudah tentu ia memberi kesan kepada pencapaian atau sesetengah dasar itu akan tergantung tidak dapat mencapai hasil diingini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata, perkara itu bukan sahaja merugikan rakyat, malah memberi kesan kepada sumber kewangan negara yang sudah banyak dibelanjakan.

“Apabila dasar atau program pembangunan tersebut diaudit, sudah tentu akan menerima teguran daripada Jabatan Audit Negara kerana ia tergantung atau tidak dapat diteruskan kerana perubahan kerajaan.

“Justeru, adalah penting bagi setiap kerajaan yang memerintah, mengadakan perbincangan dengan KSN dan semua KSU, bagi memastikan segala dasar baik dan memberi manfaat kepada rakyat, tidak dibuang begitu sahaja hanya disebabkan mahu mengurangkan saiz Kabinet semata-mata,” katanya.

Pada masa sama, Adnan berkata, CUEPACS turut menzahirkan setinggi penghargaan dan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Semoga kepimpinan Anwar mampu membawa negara kembali stabil dan bergerak maju ke hadapan bagi menghadapi persekitaran ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.

“Kami berharap beliau dapat mengekalkan keharmonian dalam perkhidmatan awam supaya sistem penyampaian kepada rakyat boleh diperkasakan lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, CUEPACS yakin kestabilan dalam pentadbiran kerajaan, mampu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan ekonomi agar negara mampu mendepani cabaran mendatang.

“Penjawat awam akan terus berkhidmat dengan penuh profesional bagi memastikan dasar dan polisi dirancang kerajaan dapat dinikmati rakyat,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Ke-10, berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada jam 5.06 petang tadi

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istiadat angkat sumpah berkenaan diadakan selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pagi tadi, bagi membuat keputusan terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, lima hari selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR itu mencipta rekod sejarah tersendiri dengan menamatkan penantian 24 tahun untuk bergelar Perdana Menteri. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad