web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Abdul Hadi Digesa Mohon Maaf ‘Derhaka’ Titah Agong - PATRIOT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 9:22PM

Muhyiddin dan Abdul Hadi dikatakan derhaka apabila menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menuntut permohonan maaf terbuka daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana didakwa ‘menderhaka’ kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Presiden PATRIOT, Datuk Mohd Arshad Raji, tindakan pemimpin itu boleh menjejaskan sistem raja berperlembagaan dan ‘sikap yang sangat berbahaya’.

Katanya, PATRIOT tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang tidak menghormati dan menentang keinginan istana.

“PATRIOT mengambil tindakan sangat serius terhadap ahli politik yang bertentangan dengan kehendak baginda, sebagai usaha memastikan kerajaan baharu dapat dibentuk untuk kepentingan negara dan rakyat.

“Penolakan Muhyiddin secara terbuka terhadap titah Seri Paduka Baginda berhubung bekerjasama dengan PH ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah pengkhianatan.

“Beliau secara tidak bertanggungjawab berbuat demikian dan PATRIOT yang anggotanya telah berkhidmat untuk baginda sebagai pasukan keselamatan negara, tidak akan bertolak ansur dengan situasi berbahaya ini yang diambil Muhyiddin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Arshad berkata, sebagai pihak yang menjunjung sistem raja berperlembagaan, PATRIOT menghormati sikap ‘bijak dan berhemah’ ditunjukkan Anwar.

“Anwar menunjukkan sikap bijak dan berhemah sebagai respon terhadap cadangan dititah Agong,” ujarnya.

Semalam, Muhyiddin pada sidang media selepas menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara memaklumkan, baginda menitahkan cadangan supaya PN dan PH membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya memaklumkan kepada baginda bahawa PN tidak mahu bekerjasama dengan PH kerana itu menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu.

Muhyiddin berkata, beliau diminta menandatangani satu dokumen berhubung cadangan itu, namun beliau menulis nota tidak bersetuju terhadap cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di antara PN dan PH.

Tegasnya, walau atas tujuan apa sekali pun, PN tidak akan bersetuju terhadap cadangan menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PH. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad