web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Muatnaik IG ‘Story’ Berbaur Hasutan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 2:59PM

Arjunaidi Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memuat naik hantaran berbaur hasutan di Instagram, yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Suspek seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan di sebuah rumah dalam daerah Kajang, Selangor pada jam 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan polis diterima pihaknya di Ampang Jaya, Selangor, malam kelmarin.

Menurut beliau, penelitian terhadap video berdurasi 15 saat tersebut mendapati, suspek menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pemilihan Perdana Menteri Malaysia.

“Pemilik akaun terbabit juga melabelkan suatu kaum di negara ini sebagai korupsi serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan calon Perdana Menteri Malaysia.

“Menerusi serbuan tersebut, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang dipercayai merupakan pemilik akaun Instagram tersebut,” katanya hari ini.

Arjunaidi berkata, polis telah menerima perintah tahanan reman ke atas suspek daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selama tiga hari, mulai hari ini hingga Jumaat.

“Siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Tegas beliau, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta agama.

“Selain itu, pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara.

“Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Maut Minum Metadon: Ubat Milik Bapa, Tiada Unsur Jenayah - Polis 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi