KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan perkenaan untuk Ketua Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadap pada jam 4.30 petang ini.
Titah tersebut dikeluarkan memandangkan tiada Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti mudah setakat ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Istana Negara hari ini telah menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi pembentukan kerajaan baharu.

