Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


(LANGSUNG) Pelantikan PM: Masih Belum Ada Keputusan – Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 1:07PM

Anwar bercakap kepada media diluar Istana Negara setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan media dalam dan luar negara yang tiba seawal jam 9 pagi tadi, ketika rakyat Malaysia menunggu gabungan parti mana yang akan membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 2 petang ini bagi menyerahkan maklumat mengenai gabungan politik yang telah mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan baharu.

Gabungan parti-parti politik juga akan menyerahkan senarai nama calon Perdana Menteri.

Petugas media menunggu di depan pintu Istana Negara bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai pembentukan kerajaan baharu. - Gambar oleh Alif Omar
Petugas media menunggu di depan pintu Istana Negara bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai pembentukan kerajaan baharu. - Gambar oleh Alif Omar

Tempoh 2 petang ini merupakan lanjutan daripada tempoh yang ditetapkan semalam selepas Barisan Nasional (BN) gagal mencapai kata sepakat sama ada akan membentuk kerajaan baharu dengan Pakatan Harapan (PH).

Keputusan PRU-15 menunjukkan tiada parti tunggal memperoleh kerusi majoriti bagi membentuk kerajaan.

PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, menjadikan ia sebagai blok tunggal terbesar manakala Perikatan Nasional (PN) menang 73 kerusi Parlimen dan BN, iaitu parti yang pernah memerintah negara selama enam dekad, hanya mampu mendapat 30 kerusi.

Vibes membawakan anda siaran langsung perkembangan dari Istana Negara, dengan harapan kerajaan baru dan Perdana Menteri akan mengangkat sumpah hari ini. –Vibes, 22 November 2022

6.00 pm - Yang di-Pertuan Agong masih belum membuat keputusan siapakah pemimpin gabungan yang diangkat menjadi Perdana Menteri setakat hari ini. - Datuk Seri Anwar Ibrahim

5.15 pm - Anwar telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

5.09 pm - Pengerusi PN, Tan Sti Muhyiddin Yassin bersama pengiring meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2, sebentar tadi.

Ketika Anwar dan Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, orang ramai dan pasukan polis FRU terus menunggu di luar Istana Negara. Bilangan mereka semakin meningkat.

4.10 pm - Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, masuk ke Istana Negara melalui Pintu 2

4.06 pm - Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara melalui Pintu Pagar 2 untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

4.03 petang - Sebuah rombongan pengiring telah bertolak dari kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur menuju Istana Negara.

4.00 pm – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba di Istana Negara.

3.55 pm - Tiada ahli Dewan Rakyat dapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara

3.40 pm - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali masuk ke Istana Negara melalui Pintu 2, sebentar tadi

3.40 pm - Seramai 49 orang dipercayai penyokong Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaungkan ‘Reformasi’ kira-kira 100 meter dari Pintu 2 Istana Negara.

Bagaimanapun, polis mengarahkan mereka tidak berkumpul sehingga menghalang laluan di lokasi.

2.50 pm - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah masuk ke Istana melalui Pintu 2 Istana Negara.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

2.20 pm - Yang di-Pertuan Agong sempat berseloroh mengenai Piala Dunia yang sedang berlangsung di Qatar.

2.20 pm  - Yang di-Pertuan Agong keluar dari kenderaan di Pintu 2 untuk bertemu media. 

Baginda sekali lagi meminta rakyat supaya bertenang dan rasional, sambil memastikan keputusan mengenai masa depan negara akan ditentukan tidak lama lagi.

Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli bertemu pemberita di hadapan Pintu 2, Istana Negara di sini hari ini. - Gambar oleh Alif Omar
Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli bertemu pemberita di hadapan Pintu 2, Istana Negara di sini hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

''Tolong rasional. Kita perlu bergerak ke depan demi negara tercinta.

''Biar saya buat keputusan (mengenai perkara itu) secepat mungkin,'' titah baginda. 

Seri Paduka menambah baginda tidak boleh mendedahkan apa-apa setakat ini kerana masih belum melihat dokumen rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

2.15 pm  - Presiden MIC, Saravanan memberitahu ''semua orang bersetuju menjadi pembangkang'' dan ''tidak menyokong sesiapa''. ''Kami memilih untuk tidak menyertai sesiapa''.

1.25 pm - Speakar Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilihat memasuki Istana Negara.

Keadaan di pintu masuk 2 Istana negara. - Gambar oleh Alif Omar
Keadaan di pintu masuk 2 Istana negara. - Gambar oleh Alif Omar

12.24 pm – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat meninggalkan Istana Negara.

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kembar Teruja Dapat Mengundi, Tak Sangka Calon PH Juga Ada Pasangan Kembar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Insiden Conteng Masjid Di KKB

Sukan 23 jam yang lalu

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang