web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Aliran Trafik Perlahan Menuju Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 5:30PM

Aliran trafik perlahan sepanjang 3 kilometer sebelum masuk Plaza Tol Karak. - Gambar dari Twitter LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara, setakat 5 petang ini.

Keadaan itu berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan sepanjang tiga kilometer sebelum masuk Plaza Tol Karak.

Menurutnya, aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong hingga Lentang, Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan Hentian Rehat Gombak ke Plaza Tol Gombak.

“Selain itu, aliran trafik perlahan dilaporkan di Yong Peng ke Machap, Simpang Renggam ke Sedenak, Bukit Gambir ke Jasin, Pedas Linggi ke Senawang terus ke Persimpangan Port Dickson,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagi laluan utara ke selatan negara, aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Permatang Pauh ke Perai, Bukit Gantang ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Terowong Menora ke Ipoh, Ipoh ke Hentian Rehat Simpang Pulai dan Rawang ke Sungai Buloh.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad