web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah SPR Berlaku Adil Dalam PRU-15?

Pelbagai isu berbangkit menimbulkan persoalan mengenai kesaksamaan suruhanjaya itu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 8:10PM

Seorang lelaki membuang undi di Sekolah Rendah Agama Dengkil sempena PRU-15. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengecewakan ribuan pengundi berhubung caranya mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, PRU-15 akan dikenang sebagai pilihan raya paling kucar-kacir dari segi pelaksanaannya yang tidak teratur, komunikasi lemah dan kurang prihatin terhadap kebajikan serta kepentingan pengundi.

Penetapan PRU-15 pada musim tengkujuh menyaksikan pengundi terpaksa ‘bermandi hujan’ dan mengharungi banjir untuk melaksanakan kewajipan kepada negara.

Malah, pentadbiran pusat mengundi dan penyusunan saluran serta laluan untuk berbaris menunggu giliran, dikatakan tidak teratur dan mengelirukan, sehingga ada aduan pengundi terpaksa beratur sehingga lima jam.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 8 Sungai Buloh, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan mendakwa pengundi di situ terpaksa menunggu tiga hingga lima jam untuk membuang undi disebabkan susunan saluran tidak teratur.

Di Lembah Pantai, calon daripada parti sama, Fahmi Fadzil memberi amaran kepada Pengerusi SPR bahawa keadaan huru-hara di pusat pengundian di Flat PPR Kerinchi yang menyaksikan laluan sempit dan mengelirukan, memberi risiko terhadap keselamatan pengundi.

“Kalau apa-apa terjadi, Pengerusi SPR kena tanggung,” katanya kepada media.

 Selain itu, SPR tidak dapat memberi jawapan munasabah mengapa beberapa pusat mengundi ditutup awal.

Di Kuala Pilah, kekecohan berlaku apabila dua pusat mengundi, masing-masing ditutup pada jam 2 petang dan 4 petang.

Namun, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap pula menyalahkan pengundi dengan mengatakan mereka sepatutnya lebih cakna dengan pusat mengundi mereka dan keluar lebih awal.

Seorang memakai kostum watak Predator dihalang dari membuang undi. - Gambar media sosial
Seorang memakai kostum watak Predator dihalang dari membuang undi. - Gambar media sosial

Manakala, tular di media sosial seorang pengundi memakai kostum Predator tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi kerana melanggar peraturan pakaian SPR, namun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengenakan uniform PAS dengan memaparkan logo bulan parti itu pula, tidak dihalang, malah diiring pegawai suruhanjaya berkenaan ke dalam pusat pengundian.

Abdul Hadi membuang undi memakai baju tertera logo dan warna parti. - Gambar dari Twitter Harakah Daily
Abdul Hadi membuang undi memakai baju tertera logo dan warna parti. - Gambar dari Twitter Harakah Daily

Laporan turut diterima membabitkan tindakan anggota polis meminta nama, nombor telefon serta butiran peribadi daripada orang ramai di beberapa pusat mengundi dan ada mencatat identiti kaum pengundi.

Isu dan kejadian itu, membangkitkan keresahan orang ramai yang khuatir keputusan PRU-15 dipengaruhi hal luar bidang kuasa mereka, tetapi tidak terhad kepada ketidakcekapan SPR mengelolakan amanah dipertanggungjawabkan, selain sikap sambil lewa pihak atasan suruhanjaya berkenaan.

Situasi itu juga menimbulkan pelbagai soalan dan tohmahan sama ada SPR turut bermain politik serta sengaja melakukan pelbagai halangan untuk melewatkan proses mengundi, sekali gus mematahkan semangat pengundi bagi menunaikan kewajipan masing-masing yang menjadi hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Diharapkan SPR tidak bersikap angkuh dan sambil lewa dalam menangani persepsi ini. Proses pengiraan undi sedang berjalan dan pengagihan kotak undi diperhatikan dengan teliti.

Rakyat bukan bodoh dan rakyat tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat bukti menunjukkan keputusan PRU-15 dipengaruhi SPR, sama ada disebabkan ketidakcekapan atau kelemahan pentadbiran atau lebih serius, melalui korupsi serta penyalahgunaan kuasa.

Terence Fernandez ialah Ketua Pengarang Petra News yang menerbitkan Getaran serta portal Bahasa Inggeris, The Vibes.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

3

Politik 1 tahun yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad