web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belasah Isteri, Bekas Suami Penyanyi Dangdut Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 12:57PM

Seorang lelaki yang juga bekas suami penyanyi dangdut popular ditahan selepas disyaki membelasah isterinya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang juga bekas suami penyanyi dangdut popular ditahan selepas disyaki membelasah isterinya di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras, Kajang, apabila tindakannya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.38 malam, 15 November lalu.

“Mangsa berusia 45 tahun memaklumkan dipukul suaminya (suspek) menggunakan tangan dan kaki menyebabkan dia mengalami kecederaan pada tubuh badan.

“Dalam kejadian itu, mangsa juga ditarik rambut dan ditendang di kepala oleh suspek sebelum melarikan diri dengan keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, terdapat saksi yang melihat kejadian itu iaitu pembantu rumah, pemandu peribadi suspek dan anak perempuan pengadu berusia tujuh tahun seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial sebelum ini.

“Susulan kejadian itu, pengadu mendapatkan rawatan awal di hospital dan disahkan mengalami kecederaan akibat dipukul di bahagian mata, kepala, kaki dan belakang badan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima, pihaknya menahan suspek berusia 58 tahun yang juga suami kepada suspek di kawasan Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.35 pagi tadi.

“Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes pemerasan.

“Suspek direman selama empat hari mulai hari ini hingga 22 November depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017,” katanya.

Mohd Zaid berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 atau di balai polis berhampiran bagi membantu sisasatan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan seorang lelaki membelasah seorang wanita dengan menarik rambut, menendang, menampar dan memukul anggota badan mangsa.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa diheret dan ditendang berkali-kali di muka serta badan.

Rakaman juga menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad