web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukarelawan Malaysia Di Singapura Bawa Balik Kira-Kira 9,000 Undi Pos Untuk PRU-15

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 4:24PM

1thirdmedia Movement telah berjaya membawa balik kira-kira 9,000 undi pos dari Singapura awal pagi ini daripada pengundi Malaysia yang bekerja dan menetap di republik berkenaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Sukarelawan Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia Movement berjaya membawa balik kira-kira 9,000 undi pos dari Singapura awal pagi ini untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

Mereka berganding bahu mengumpul undi pos daripada pengundi Malaysia yang bekerja dan menetap di republik itu sepanjang kempen yang berlangsung selama tujuh hari.

1thirdmedia Movement ialah gerakan yang bekerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia yang berusaha membawa balik undi pos dari republik itu.

Mereka juga menjayakan usaha yang sama semasa Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

“Perasaan kami sangat lega kerana dapat membawa pulang amanah ini sebelum hari pengundian. Kami berharap undian ini sempat diedarkan ke pusat pengundian di seluruh negara,” kata sukarelawan Farrah Diyana Mohamad Ali kepada Bernama.

Farrah Diyana berkata gerakan itu sanggup dan bersedia untuk membawa pulang undian pos untuk pilihan raya akan datang jika diamanahkan lagi walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Kotak-kotak itu selamat tiba sekitar 2 pagi di pusat penyisihan di Kuala Lumpur selepas tamat masa pengumpulan pada 2 petang Khamis di Singapura.

"Gembira.. terharu.. kerana dapat membawa pulang sampul undian ini.

"Ia satu kejayaan buat pasukan kami selepas bertungkus-lumus selama seminggu usaha mengumpul dijalankan," kata seorang lagi sukarelawan, Calvin Ong.

“Ia sangat memenatkan tetapi ia satu misi yang berbaloi demi negara,” kata Ong, 35, yang berasal dari Taiping.

Selepas semua kesusahan, Ong meninggalkan mesej ringkas  kepada 21 lebih juta pengundi Malaysia: "keluarlah mengundi".

Menurut Twitter Undi18, terdapat sejuta pengundi Malaysia di luar negara. Ia turut berkongsi beberapa gambar semasa menerima undi dari seluruh dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan undi dari China dan Jerman paling awal tiba.

Selain 1thirdmedia Movement, Vote Malaysia dan Global Malaysian Network turut terlibat dalam pengumpulan undi daripada rakyat Malaysia dari seluruh dunia.

Kesemua sampul surat undi akan dibawa ke pusat penyisihan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan bagi 222 kawasan Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN), dan kemudiannya  dihantar ke negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Tarikh akhir kertas undi pos diterima oleh pegawai pengurus  Bahagian Pilihan Raya ialah sebelum 5 petang pada hari mengundi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad