web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Bagai Musim Perayaan, Terminal Bas Larkin Sentral Sesak Ramai Balik Kampung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 12:54PM

Orang ramai menunggu bas untuk pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika tinjauan di Terminal Bas Larkin Sentral malam tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bagaikan musim perayaan. Itu keadaan di Terminal Bas Larkin Sentral di sini, yang sesak dengan orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi esok.

Kebanyakannya meluahkan rasa lega apabila kerajaan mengumumkan hari ini dan esok sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Di Johor, kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti gantian memandangkan Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu.

Bagi Sabri Ismail, 28, pemberian cuti berkenaan dapat memudahkan rakyat untuk merancang perjalanan berikutan kebanyakan tiket bas habis dijual selain berpeluang untuk bercuti bersama keluarga.

“Memudahkan rakyat untuk rancang perjalanan. Jadi mereka boleh pilih hendak balik menggunakan pengangkutan apa. Macam saya, walaupun berasal dari Perlis tetapi sebab tiket banyak habis, saya kena turun di Butterworth dan naik kereta api ke Perlis,” katanya ketika ditemui di Terminal Bas Larkin di sini hari ini.

Beliau yang akan mengundi di Langkawi turut berharap agar kerajaan baharu yang bakal memerintah amanah dan bertanggungjawab sekiranya mendapat mandat.

“Mereka kena tunaikan janji-janji dalam manifesto. Itu antara perkara yang penting dilakukan. Selain itu, kestabilan ekonomi memandangkan harga barang tidak menentu,” katanya.

L. Sumathi, 50, pula berkata dia bernasib baik kerana membeli tiket bas secara dalam talian untuk pulang ke Ipoh hari ini.

“Saya boleh jangka tiket akan banyak habis. Jadi saya cepat-cepat tempah tiket satu minggu lebih awal, kalau tidak saya tidak dapat pulang ke Ipoh,” katanya yang bekerja di Singapura.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata kerajaan baharu perlu memberikan tumpuan kepada kemajuan negara dan prihatin kepada rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad