web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Waris Mangsa MH17 Akur Keputusan Mahkamah Belanda, Harap Pelaku Dihukum

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 6:33AM

Mahkamah Daerah The Hague semalam memutuskan dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang waris mangsa tragedi pesawat penumpang MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu buatan Rusia pada 2014 akur dengan keputusan Mahkamah Belanda hari ini yang mendapati tiga daripada empat tertuduh bersalah.

Wanita yang enggan dinamakan itu bagaimanapun berharap semua pelaku dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.

Beliau berkata perbicaraan yang berlangsung tanpa kehadiran tertuduh turut mengundang rasa tidak puas hati kerana mereka masih bebas di luar sana.

“Selama ini pun kami ada peguam dari Belanda, dia suruh datang (ke negara itu) tapi kami (waris mangsa MH17) tidak pergi kerana tiada wang untuk bayar tambang dan sebagainya.

"Kami dari dulu hingga kini mengharapkan keadilan, nak sangat empat orang ini dibawa ke muka pengadilan dan terima balasan setimpal dengan apa yang mereka buat kepada keluarga kami," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. 

Mahkamah Daerah The Hague semalam memutuskan bahawa dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.

Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Oleg Pulatov daripada pertuduhan sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sedekad Berlalu Tragedi MH17, Keadilan Akan Terus Dituntut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad