web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Iltizam PM Ismail Sabri Untuk Malaysia Jika Dapat Teruskan Pentadbiran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 11:00AM

Ismail Sabri Yaakob telah menyenaraikan empat iltizam beliau untuk Malaysia sekiranya diberi peluang meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyenaraikan empat iltizam beliau untuk Malaysia sekiranya diberi peluang meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata iltizam pertama adalah menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia, manakala kedua, menyuburkan kemakmuran ekonomi serta pembangunan negara.

Yang ketiga menurut Ismail Sabri adalah memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras Perlembagaan Persekutuan serta keempat, memperkasa integriti tadbir urus negara.

"Inilah iltizam saya untuk Malaysia, demi kestabilan dan kemakmuran masa depan tanah air kita. Saya, Ismail Sabri Yaakob dengan rendah diri, memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional (BN), menerajui negara bagi penggal akan datang.

"Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu kami berserah. Undilah Barisan Nasional. Terima Kasih Keluarga Malaysia!" katanya dalam kenyataan Amanat PRU beliau hari ini.

Ismail Sabri berkata menggalas tanggungjawab menerajui negara bermula 21 Ogos 2021, bukanlah satu tugas yang mudah apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga dalam penggal yang sama (2018-2022), selain berlaku peralihan tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun, adalah episod gelap kepada negara.

Menurut Perdana Menteri, ketika itu negara berdepan ancaman pandemik COVID-19 dengan jumlah pesakit harian mencecah puluhan ribu, mengorbankan ratusan rakyat sehari sehingga menyebabkan fasiliti perubatan hampir lumpuh.

Tidak cukup dengan itu katanya, negara berdepan krisis ekonomi dengan jumlah pengangguran meningkat lebih 700,000 orang dan banyak sektor perniagaan terpaksa gulung tikar serta rakyat hilang mata pencarian.

"Sepanjang tempoh 15 bulan, inilah 15 inisiatif yang telah kita capai bersama. Hari ini, keadaan bertambah baik dan kita mampu bergerak maju ke hadapan, namun masih banyak yang perlu kita laksanakan untuk menjadi sebuah negara bangsa yang teguh bersama dan kembali dihormati di persada dunia.

"Pada 19 Nov ini, Keluarga Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan negara ini terus ditadbir dengan baik," katanya selaku penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004 yang bakal ditentang calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan Asmawi Harun (Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Calon perdana menteri parti yang bertanding pada PRU-15 adalah Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari pengundian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad