web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DBKL Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Berlaku Banjir Kilat Pada Hari Pengundian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 9:03AM

DBKL siap siaga hadapi banjir menjelang PRU-15 - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) siap siaga menghadapi kemungkinan berlaku banjir kilat pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya telah menyediakan sebuah bilik gerakan di Menara DBKL 1 bagi memantau cuaca di ibu negara.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Sistem Pelbagai Bahaya yang diketuai oleh seorang profesor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Agensi-agensi ini akan membantu dari segi membuat ramalan dan panduan mengenai keadaan cuaca seperti taburan hujan, kelebatan hujan serta kawasan yang berisiko banjir.

"Daripada data itu, kita akan membuat tindakan seterusnya seperti meletakkan beg pasir tambahan berhampiran sungai, bergantung kepada situasi. Kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran penyewaan/menduduki Residensi Sungai Udang di Segambut hari ini.

Mahadi berkata DBKL turut menjalin kerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam memantau sistem perparitan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik serta tidak tersumbat.

"Kita juga mempunyai warden trafik yang bukan sekadar menjalankan tugas menyurai aliran trafik ataupun menguatkuasakan undang-undang tetapi juga melaksanakan sesuatu yang di luar jangkaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan