web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi Awal Tahun Ini Paling Sistematik, Lancar - Acryl Sani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 12:07PM

Acryl Sani Abdullah Sani selepas membuang undi awal di Bukit Aman - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undi awal membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan hari ini merupakan antara proses paling sistematik dan berjalan dengan lancar, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Justeru, beliau berkata, ia diharap dapat menyelesaikan proses demokrasi tersebut mengikut tempoh dan waktu ditetapkan.

“Kita dapati suasana dalam keadaan teratur dan berdasarkan maklum balas daripada pemerhati SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), mereka menyatakan bahawa proses pembuangan undi awal pada tahun ini merupakan proses paling sistematik dan berjalan dengan lancar.

“Jadi kita berharap ia dapat membantu menyelesaikan proses undi awal mengikut tempoh dan waktu ditetapkan hari ini,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di pusat mengundi di Bukit Aman.

Situasi undi awal di Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur - Gambar Syeda Imran
Situasi undi awal di Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur - Gambar Syeda Imran

Sebanyak 578 pusat pengundian awal membabitkan 970 saluran dibuka jam 8 pagi ini di seluruh negara, bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini, seramai 224,828 anggota keselamatan, termasuk pasangan akan melaksanakan undi awal, iaitu 117,473 anggota tentera serta pasangan dan 107,355 anggota polis dan pasangan.

Pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang membabitkan ibu pejabat polis kontinjen, ibu pejabat polis daerah dan kem tentera.

Situasi undi awal di Lumut - Gambar oleh Alif Omar
Situasi undi awal di Lumut - Gambar oleh Alif Omar

Acryl Sani turut menasihatkan semua pegawai dan anggotanya untuk keluar mengundi sebagai satu kewajipan sebagai warganegara Malaysia.

“Kita semua wajib keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini bagi membuat pilihan, selaras dengan asas demokrasi untuk memilih pemimpin yang akan membentuk kerajaan.

“Saya percaya setiap pegawai dan anggota sudah mempunyai pandangan dan pengetahuan tertentu untuk membantu mereka membuat pilihan tepat bagi memastikan negara ini sentiasa kuat, stabil dan kukuh, bukan saja dari segi keselamatan serta ketenteraman, bahkan ekonomi,” katanya. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad