web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Sekeluarga Maut Terlibat Dalam Nahas 2 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 4:48PM

4 sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam Alor Gajah, Melaka dalam kejadian 7.45 pagi tadi. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Empat sekeluarga maut, seorang cedera parah manakala seorang lagi selamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyata Estima yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda (4x4) di Simpang Tiga Jalan Kolam Machap, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada 7.45 pagi itu, Ibrahim Daud, 71, bersama isterinya, Latipah Dorahim, 66, dan menantu, Syazana Tharin, 30, serta cucu lelaki, Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5, maut akibat cedera parah di bahagian kepala.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki yang juga anak Syazana berusia kira-kira dua tahun parah dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Melaka, manakala pemandu MPV yang juga anak lelaki Ibrahim, Muhammad Izwan, 30, tidak cedera dan pemandu 4x4, Koh Eng Koon, 59, mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati enam beranak tersebut dalam perjalanan dari arah Selandar menghala ke Alor Gajah, manakala 4x4 jenis Toyota Land Cruiser itu pula dalam perjalanan dari arah Durian Tunggal menghala ke Selandar.

Katanya ketika kejadian, 4x4 dipandu keluar dari simpang dan membelok ke kanan sebelum MPV tersebut cuba mengelak daripada merempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

“MPV tersebut cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun merempuh juga 4X4 terbabit.

“Akibat kemalangan itu, Ibrahim maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi iaitu Latipah, Syazana dan seorang anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya jenazah empat beranak itu dihantar ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat.

“Maklumat awal mangsa menyatakan mereka dalam perjalanan ke Langkawi untuk menyambut hari jadi Ibrahim,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata pemandu 4x4 ditahan pada 11 pagi di Balai Polis Trafik Alor Gajah selepas menerima rawatan pesakit luar di hospital sama, untuk keterangan lanjut.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut negatif dadah, manakala kedua-dua kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan