web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Perlu 1 Permit Untuk Walkabout Kempen - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 8:50PM

Hazani Ghazali berkata, permohonan permit ini adalah bagi membolehkan PDRM mengambil langkah dalam memastikan calon dapat menjalankan aktiviti kempen dengan lancar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon perlu mengemukakan permohonan permit untuk mengadakan sebarang aktiviti perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau menyampaikan ucapan awam sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, ketetapan tersebut adalah mengikut Subseksyen 24B(3) Akta 5 (kempen pilihan raya dan batasan mengenainya).

"Bagi aktiviti walkabout, permit hanya perlu dipohon sekali untuk keseluruhan tempoh berkempen dalam kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana calon bertanding.

"Jika kawasan ditandingi membabitkan dua atau lebih daerah polis, maka permohonan perlu dikemukakan di satu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan," katanya, hari ini.

Hazani yang juga Pengarah Op PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, permohonan permit ini adalah bagi membolehkan PDRM mengambil langkah dalam memastikan calon dapat menjalankan aktiviti kempen dengan lancar.

"Calon yang bertanding hendaklah mengambil langkah bagi memastikan pertembungan dielakkan dan tiada provokasi lisan atau fizikal timbul semasa program walkabout dijalankan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, calon PRU-15 Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Noraini Abdul Ghani mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mengenakan syarat permohonan permit walkabout di tempat tumpuan awam.

Dakwanya, syarat itu seolah-olah bertujuan menyekat calon daripada bertemu pengundi di kawasan tumpuan awam.

Calon PH Parlimen Bera, Abas Awang turut meluahkan perkara sama apabila terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM13,000 bagi tujuan tersebut. - Getaran, 11 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan