web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Kontena Maut Dalam Nahas Babit 6 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 8:50PM

Kemalangan berlaku apabila lori kontena yang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Nilai itu hilang kawalan, sebelum ia terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar beberapa kenderaan di laluan itu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang pemandu lori kontena maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya yang membabitkan tiga kereta, sebuah lori kontena, sebuah lori, dan sebuah motosikal di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata Muhammad Iqbal Kamarulzaman, 42, yang beralamat di Klang, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan. 

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila lori kontena yang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Nilai itu hilang kawalan, sebelum ia terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar beberapa kenderaan di laluan itu.

Katanya lapan lagi individu termasuk warga asing berumur 20 hingga 59 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan selamat, dengan enam daripadanya mengalami kecederan ringan dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Dalam kenyataan hari ini Abdul Malik berkata kejadian itu mengakibatkan berlaku kesesakan sejauh lebih lima kilometer susulan empat lorong terpaksa ditutup disebabkan kedudukan lori yang menghalang laluan, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar