web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serang Rakan Senegara, Pengawal Keselamatan Maut Ditetak

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 5:18PM

Darin (kiri) dan Darwin dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang pengawal keselamatan warga Filipina maut akibat ditetak beberapa kali dalam satu pergaduhan di rumah pekerja sebuah ladang, di Ulu Segama, semalam.

Dalam kejadian jam 6.55 pagi itu, mangsa, 29, maut di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah, dengan kedua-dua lengan dan tapak kaki kanannya hampir putus akibat ditetak dengan senjata tajam.

Terdahulu, mangsa dikatakan berang dengan dua rakan senegaranya yang juga pasangan adik beradik kerana sering mempersendakannya.

Tidak tahan diperlakukan sedemikian, mangsa didakwa menyerang suspek sehingga berlaku pergaduhan.

Susulan pergaduhan, kedua-dua suspek dikatakan telah menetak mangsa beberapa kali menyebabkannya parah.

Melihat keadaan itu, pasangan adik-beradik masing-masing berusia 25 dan 35 tahun itu bertindak melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu,  Asisten Komisioner (ACP) Dr Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.

“Mangsa mengalami cedera parah di beberapa anggota badan termasuk di kepala, bahu, lengan dan kaki.

“Mangsa yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, polis melancarkan gerakan memburu dua suspek utama dikenali sebagai Darwin, 35, dan adiknya Darin, 25, warga Filipina yang bekerja sebagai buruh ladang.

Menurut Rohan, sehingga kini, pihaknya telah menahan lima individu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

“Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta segera menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar