web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Suspek Terbabit Kes Samun Klinik Gigi Berjaya Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 7:36PM

Gambar ihsan IPD Kajang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG – Polis berjaya memberkas lima suspek dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra di Bangi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua tangkapan dibuat pada jam 4.58 petang di sekitar Sungai Tangkas di sini, oleh sepasukan polis dari Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Menurut beliau, penahanan kesemua suspek yang terdiri daripada tiga lelaki Melayu, seorang rakyat Bangladesh dan wanita itu membawa kepada rampasan tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba jenama Apple dan dua bentuk cincin.

“Turut dirampas ialah seutas rantai emas, sebilah parang, dua beg galas, topi keledar dan sebuah motosikal Yamaha R15 yang digunakan semasa kejadian,” katanya hari ini.

Mohd Zaid berkata, tiga daripada suspek termasuk lelaki rakyat Bangladesh itu dikesan terbabit dalam urusan jual beli barangan samun yang dilakukan suspek utama.

Gambar ihsan IPD Kajang
Gambar ihsan IPD Kajang

“Kesemua tangkapan berusia antara 22 hingga 47 tahun akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan menggunakan senjata.

“Kesemua suspek berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan,” katanya.

Video kes samun berkenaan yang tular di media sosial antara lain memaparkan dua lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan parang menyerbu sebuah klinik pergigian, sebelum merompak pelanggan serta petugas premis.

Suspek berjaya melarikan sebuah komputer riba, telefon bimbit, wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM2,000 dan seutas rantai emas.

Kesemua mangsa yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. - Getaran 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad