web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 Dipercepat, Dikredit Mulai 15 November

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 4:47PM

Pembayaran BKM Fasa 4 ini melibatkan nilai sebanyak RM2.1 bilion dan akan memanfaatkan 5.2 juta penerima. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyalurkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 lebih awal daripada Disember ke bulan ini yang akan dikreditkan bermula 15 November nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mempercepat pembayaran itu adalah bagi membantu penerima menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan November.

Katanya, pembayaran bernilai RM2.1 bilion itu, memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima dalam kalangan penerima sedia ada, membabitkan kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan.

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

“Secara keseluruhannya, RM8 bilion diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan.

Ismail Sabri berkata, bagi BKM Fasa 4, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November.

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk menerusi Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

BKM diperkenal oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi, iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima, membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

Pembayaran Fasa 1 BKM bernilai hampir RM2 bilion disalurkan secara berperingkat mulai 28 Mac, manakala Fasa 2 (mulai 27 Jun) dan Fasa 3 (mulai 20 September). – Getaran, 10 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar