web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NGO Antarabangsa, Media Indonesia Puji Pendirian Ismail Ke Atas Myanmar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 4:33PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa dan media Indonesia memuji keberanian Perdana Menteri Malaysia yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang di perintah tentera.

Badan bukan kerajaan (NGO) Human Rights Watch yang berpangkalan di New York memperakui pendirian berprinsip dan membina Datuk Seri Ismail Sabri supaya Malaysia dan ASEAN bertindak balas secara berkesan terhadap kekejaman junta tentera.

Dalam ucapan di hadapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September, Ismail Sabri menyatakan bahawa "Malaysia kecewa kerana tiada kemajuan bermakna dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC)", yang dipersetujui semasa sidang kemuncak kumpulan itu di Jakarta pada 2021.

Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB, pada September lalu. - Gambar fail
Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB, pada September lalu. - Gambar fail

Menurut NGO itu, Perdana Menteri telah menyatakan kebimbangannya bahawa dalam bentuk semasanya, ASEAN "5PC tidak boleh diteruskan lagi", dan perjanjian baharu "yang diperhalusi" perlu dicapai "berdasarkan rangka kerja yang lebih jelas, tempoh masa serta matlamat akhir”.

NGO itu dalam satu kenyataan berkata ia mendapati junta telah menyalahgunakan kuasanya secara menyeluruh dan sistematik sejak rampasan kuasa pada Februari 2021, - termasuk pembunuhan, penyeksaan, dan memenjarakan orang yang tidak bersalah yang menyamai jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang.

Pendirian Ismail Sabri dalam isu Myanmar turut menarik perhatian akhbar berpengaruh Indonesia bulan lepas. The Jakarta Post menekankan bahawa perdana menteri menetapkan duluan diplomatik yang penting untuk ASEAN.

Editor kanannya Kornelius Purba dalam ulasannya berkata, "Ismail Sabri, secara terbuka mengkritik Majlis Keselamatan PBB kerana melakukan terlalu sedikit untuk membantu rakyat Myanmar melarikan diri daripada tindakan keganasan terhadap rakyat oleh pemimpin junta Jen Min Aung Hlaing".

“Kita wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri Ismail Sabri yang bercakap bagi pihak ASEAN, dan kerana membangkitkan isu dan idea yang besar atas nama pemimpin rantau ini,” katanya.

Dalam satu pendapat berasingan baru-baru ini, Kornelius berkata perdana menteri telah melakar pencapaian yang besar, terutama dalam dasar luar negara.

“Sokongannya yang tidak berbelah bahagi untuk kempen ASEAN menentang pemimpin junta Myanmar sangat penting dalam menyatukan kumpulan serantau itu untuk berhadapan campur tangan kuasa besar,” katanya.

Pemimpin dari ASEAN dijadual bertemu pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 di Phnom Penh, Kemboja, bermula Jumaat. Myanmar akan menjadi tumpuan utama pada Sidang Kemuncak itu ketika para pemimpin membincangkan tindakan seterusnya untuk menangani krisis yang semakin meruncing di negara pimpinan junta itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: 50 Anggota, Pegawai SMART Berlepas Ke Myanmar, Laksana Misi SAR

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Penipuan Pekerjaan: 25 Rakyat Malaysia Dihantar Pulang Selepas Diselamatkan Di Myanmar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan