web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujudkan Semula KUU Demi Kesinambungan Dasar Perundangan Negara – Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 3:05PM

KUU perlu diwujudkan semula demi kesinambungan dan penyelarasan dasar perundangan negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Undang-Undang (KUU) perlu diwujudkan semula demi kesinambungan dan penyelarasan dasar perundangan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sedang dalam tindakan oleh agensi pusat.

Menurut beliau, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan Jabatan Peguam Negara juga sedang meneliti Akta Perkhidmatan Parlimen dan pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Langkah itu jelasnya, bagi memastikan transformasi Parlimen berjalan mengikut perancangan.

“Susulan daripada pindaan Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, pindaan juga perlu dibuat terhadap perlembagaan bagi Larangan Ahli Dewan Negara Bertukar Parti.

“Selain itu, pindaan Perlembagaan Persekutuan juga perlu dibuat bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun seperti dirancang sebelum ini,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pindaan kepada tujuh akta yang memansuhkan hukuman mati mandatori dan menetapkan budi bicara mahkamah juga perlu dibentangkan ke Parlimen dalam masa terdekat, bagi memastikan Sistem Keadilan Jenayah sentiasa diberi perhatian.

“Ia juga merangkumi peruntukan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan jenayah anti-menghendap.

 “Secara umumnya, rakyat telah menyaksikan suatu perubahan positif ke atas lanskap perundangan negara selama 15 bulan ini, yang terbukti menepati keperluan semasa, memberi manfaat luas kepada semua lapisan masyarakat serta impak baik kepada sosio-ekonomi dan pertumbuhan negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata, penambahbaikan Perjanjian Malaysia 1963 juga perlu dilaksanakan, dengan mengkaji persempadanan semula kawasan Parlimen Malaysia bagi menambah kerusi Sarawak dan Sabah ke nisbah semasa perjanjian 1963.

Langkah itu jelas beliau lagi, mencakupi pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan pelancongan ke dalam senarai bersama (kuasa Persekutuan dan Negeri).

“Susulan lawatan ke United Kingdom (UK) pada Jun lalu, terdapat beberapa perkara yang telah memberi iltizam kepada saya untuk mengkaji dan merangka kebolehlaksanaan beberapa entiti yang sama di Malaysia bagi mengukuhkan kerangka perundangan negara.

“Ia mencakupi penubuhan Law Commission, Charities Commission, Information Commission dan Sentencing Council. Semua agensi di bawah portfolio saya sedang bertungkus lumus menyediakan kajian serta cadangan transformasi pentadbiran berkenaan,” katanya.

Beliau memberi jaminan, kesemua agensi terbabit berupaya melaksanakan core business masing-masing dengan efisien, dan ia termasuk mengukuhkan jaringan kerja bersama agensi, jabatan serta kementerian berkaitan bagi memastikan undang-undang yang digubal atau dipinda sentiasa relevan.

Menzahirkan harapan, Wan Junaidi berkata, semua inisiatif tersebut diharap mampu disempurnakan oleh bakal menteri berkenaan, selepas ia tertangguh susulan penetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal berlangsung 19 November ini.

“Saya sentiasa berdepan dengan banyak ekspektasi daripada pelbagai pihak berkepentingan, merangkumi reformasi yang perlu dilaksanakan bersama agensi berkaitan.

“Perkara penting dalam tindakan agensi yang berkaitan itu mencakupi Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik, RUU pengurusan harta yang disita dan dilucut hak, transformasi kepada undang-undang insolvensi, penambahbaikan sistem pilihan raya dan kajian pengurangan kos pilihan raya kecil, negeri serta umum,” katanya.

Turut sedang diambil tindakan jelas beliau, ialah RUU Kebebasan Maklumat, Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 serta Kajian Pengasingan/Pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Selain itu, Kajian Penetapan Badan Kawal Selia Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Kajian Procurement System untuk perolehan projek kerajaan,” katanya. – Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

2

Politik 3 tahun yang lalu

Keluar Parti: ‘4 Ahli Parlimen GRS Tak Perlu Kosongkan Kerusi Mereka’ – Wan Junaidi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Sarawak Catat Peningkatan, SPR Atur Persiapan Rapi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

NSRC Berupaya Tangani Segera Kes Penipuan Siber, Hukum Pelaku - Wan Junaidi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 53 minit yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad