web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majikan Tidak Boleh Kenakan Penalti, Potong Gaji Pekerja Pergi Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 2:47PM

M. Saravanan menggesa semua majikan sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada para pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majikan swasta tidak dibenarkan mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana pergi mengundi pada 19 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata ia selaras dengan hak pekerja untuk mengundi yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Subseksyen 25(1) Akta 5 memperuntukkan tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.

Sehubungan itu, Saravanan menggesa semua majikan sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada para pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Saravanan berkata, untuk tujuan tersebut, majikan hendaklah berbincang dengan pekerja berkenaan opsyen bagi pemberian time-off, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan.

“Para majikan boleh mengambil langkah seperti memberi time-off kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

“Pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan,” katanya.

Beliau berkata majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 30 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam