web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajibkan Vaksin Langkah Terakhir - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 2:58PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya akan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia sebagai langkah terakhir, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Langkah drastik itu, jelas Khairy yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hanya akan dilaksanakan sekiranya kerajaan menemui jalan buntu dan tidak memiliki sebarang pilihan lain.

“Buat masa ini, pengambilan vaksin masih dilakukan secara sukarela dan pihak kami akan memperhebatkan lagi usaha untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan pengimunisasian COVID-19,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab beberapa soalan diutarakan dua ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming (Bangi) dan Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching) yang diajukan dalam satu komentar di sebuah laman portal.

Esok, Malaysia akan memasuki fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak 26 Februari lalu dan menurut data terkini, seramai 500,175 ataupun 90 peratus golongan sasar bagi fasa pertama, iaitu petugas barisan hadapan, telah divaksinkan.

Namun, pengambilan vaksin masih kurang mendapat sambutan dari golongan sasar fasa kedua, terutamanya golongan berisiko tinggi yang berumur 60 tahun ke atas, apabila hanya 40.1 peratus sahaja mendaftarkan diri mereka untuk divaksinkan.

Menurut Khairy, negeri yang paling rendah kadar pendaftaran PICK adalah Sabah dan Kelantan (25.1 peratus), diikuti dengan Terengganu (29.4 peratus), Kedah (30.9 peratus) dan Pahang (31.5 peratus).

“Kami mendapati bahawa kira-kira 30 peratus rakyat tidak menyedari bahawa mereka sudah mendapat tarikh janji temu [sesi pemvaksinan] melalui aplikasi MySejahtera dan lagi 15 peratus pula tidak tahu mereka perlu mengesahkan sesi janji temu tersebut.

“Kami juga sedang berkerjasama dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat untuk mendaftarkan dan memvaksinkan petugas dan penetap rumah orang tua. Pasukan vaksinasi bergerak akan dihantar tempat-tempat tersebut,” katanya.

Malaysia menerima dos vaksin pertamanya, keluaran Pfizer-BioNTech, pada 21 Februari lalu. Selain Pfizer, negara juga memperoleh vaksin dari beberapa syarikat farmaseutikal seperti AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO dan Sputnik V.

Bekalan vaksin daripada kelima-lima pembekal ini akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

“Kami menjangka menerima lebih banyak dos vaksin bermula dari Jun. Pada masa itu, lebih ramai pasukan vaksinasi dari Kementerian Kesihatan, sektor swasta dan sukarelawan akan digerakkan bagi memastikan program vaksinasi berjalan dengan lancar,” jelas Khairy.

Fasa kedua PICK dijadual berakhir pada Ogos ini dan akan disusuli dengan fasa ketiga yang membabitkan individu berumur 18 tahun ke atas, mulai Mei 2021 hingga Februari 2022.

Beliau menarik perhatian, jika ada individu yang gagal hadir ke janji temu setelah mengesahkan kehadiran, dos vaksin yang ditetapkan untuk mereka akan diberikan kepada petugas sukarelawan yang berada di pusat vaksinasi berkenaan.

“Kami telah menetapkan protokol bagi menangani kes gagal hadir. Vaksin adalah sangat berharga dan kami tidak akan membiarkannya terbazir begitu sahaja,” katanya - Getaran, 18 April, 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad