web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ragut Telefon Bimbit, Lelaki Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 8:09PM

Suspek yang menaiki motosikal dari arah belakang terus meragut telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes ragut di Jalan Genting, Setapak di sini yang video kejadian itu tular di TikTok pagi ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, penahanan itu ekoran laporan diterima Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju daripada mangsa pada 5 November lalu, berhubung kejadian tersebut.  

“Pada 8 November, kira-kira jam 11.30 malam, Bahagian D9 Jabatan Siasatan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun. Dia adalah suspek utama kes ini dan polis merampas barang kes, iaitu sebuah telefon bimbit.

“Menurut mangsa, ketika dia berada di tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan tingkap terbuka dan sedang berhenti di lampu isyarat, suspek yang menaiki motosikal dari arah belakang terus meragut telefon bimbitnya sebelum melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan.

Ashari berkata, siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, iaitu membabitkan kesalahan samun dan ragut yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

“Suspek direman tujuh hari bermula 8 November hingga 14 November ini. Kes masih berada dalam siasatan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau berkata, polis menasihati orang ramai lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada daripada menjadi mangsa jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222,” katanya. - Getaran 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad