web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mana Bayaran Balik Kami? Penumpang Berang Penggantungan Operasi LRT Seminggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 12:21PM

Penutupan 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Ampang Park selama 7 hari telah menyebabkan beribu-ribu warga kota yang bergantung kepada perkhidmatan awam itu setiap hari terjejas teruk. - Tangkap layar dari Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penutupan 16 stesen transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sehingga Ampang Park selama tujuh hari yang diumumkan secara tiba-tiba hari ini, menyebabkan penumpang di Lembah Klang berang.

Ini ekoran ribuan warga kota bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu setiap hari.

Ramai melepas geram di platform media sosial, terutama menulis di akaun milik pengendali perkhidmatan itu, Rapid Rail Sdb Bhd (RapidRail), malah meminta bayaran balik untuk pas bulanan mereka.

Ada juga berkongsi situasi mereka, susulan tidak mempunyai lebih banyak pilihan mod perjalanan dengan harga berpatutan.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ViggyStrdust melabelkan pemberhentian sementara perkhidmatan itu sebagai ‘kecemasan negara’.

“...orang ramai perlu berada di tempat kerja tepat pada masanya, tidak cukup bekerja dari rumah (WFH), orang perlu membuat perjalanan atas sebab perubatan, orang yang tidak memiliki kereta, tidak boleh memandu, tidak mampu menggunakan perkhidmatan pengangkutan lain.

“Ini adalah serangan terhadap orang miskin. Bila kita melawan? (sic),” ciapnya.

Seorang pengguna lain, @NivethaShanker berkata sudah tiba masanya untuk tindakan saman diambil ke atas syarikat itu.

“Bagaimanakah @AskRapidKL terlepas dengan perkhidmatan teruk ini dan kini mengganggu jutaan orang dan menyebabkan kerugian, tanpa dikenakan tindakan?!” katanya.

Manakala pengguna lain, @chriskc_Lee berkata, penjelasan semata-mata diberikan pihak syarikat mengenai gangguan besar itu adalah tidak mencukupi, justeru dia menuntut beberapa alternatif sementara bagi mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam.

Sementara itu, @twitmsian berkata, isu perkhidmatan LRT yang berulang menjadi ‘norma baharu’ dan syarikat induk Prasarana Malaysia Bhd perlu lebih bertanggungjawab’, selain menyeru Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) meletakkan jawatan.

“Kami tidak sanggup untuk terus menghadapi masalah ini kerana ia bukan sahaja menyebabkan bantahan orang ramai, tetapi juga kehilangan produktiviti,” ciap pengguna itu sambil membuat pautan nama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menawarkan kereta mereka untuk ditumpang bersama (carpool) dengan pengguna terjejas.

Pengguna @asmahamidah__ membuat ciapan bahawa dia menawarkan untuk berkongsi kereta dengan penumpang wanita bagi mengurangkan kos parkirnya di ibu kota, manakala pengguna @ChaaAhmad bersedia ‘carpool’ dari Menara Milenium di sini ke pusat bandar atau ke monorel atau stesen KTM terdekat.

Menurut laporan penumpang Prasarana, laluan LRT Kelana Jaya adalah yang paling sibuk daripada empat perkhidmatan relnya, setakat ini.

Pada September, laluan LRT Kelana Jaya mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 5,456,094, diikuti 4,508,174 menggunakan laluan MRT Kajang.

Hari ini, RapidRail mengadakan sidang akhbar berhubung gangguan perkhidmatan itu.

Pagi tadi, RapidRail mengumumkan bahawa perkhidmatan LRT untuk 16 stesen antara Kelana Jaya dan Ampang Park ditutup selama tujuh hari, mulai hari ini, berikutan gangguan perkhidmatan yang berulang dalam tempoh dua hari.

Perkembangan terbaru itu susulan laporan gangguan perkhidmatan antara stesen KLCC dan Kelana Jaya petang semalam dan sehari sebelumnya. – The Vibes, 9 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad