web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Individu Terperangkap Dalam Banjir Kilat Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 8:01AM

Keadaan jalan yang dinaiki air akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin, malam tadi. - Gambar dari Facebook Polis KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pengguna jalan raya berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kenderaan masing-masing akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia awal 20-an dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Beliau berkata wanita terbabit, yang memandu kereta jenis Perodua Axia, dan lelaki itu, yang memandu kereta jenis utiliti sukan Subaru, dikatakan tidak sempat mengundurkan kenderaan masing-masing apabila melalui kawasan banjir susulan hujan lebat petang tadi.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan. Kenderaan mereka juga sudah dibawa keluar dari kawasan banjir," katanya ketika dihubungi.

Hujan berterusan mengakibatkan banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin, malam tadi.
Hujan berterusan mengakibatkan banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 7.52 malam dan setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat dua kereta sudah ditenggelami air. 

"Kedua-dua kereta berjaya dikeluarkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam," menurut kenyataan itu.

Polis Kuala Lumpur (KL) turut melakukan pemantauan di beberapa lokasi yang dinaiki air iaitu Terowong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah dan Jalan Kuchai Lama.

Menurut laporan di Facebook Polis KL, air mulai surut di kedua-dua lokasi dan laluan dibuka semula kepada pengguna jalan raya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek