web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera Himpun Lebih 2,000 Belia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 2:12PM

Penganjur berkata karnival sehari bermula jam 9 pagi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera itu dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Penganjuran Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera pada Sabtu ini (12 November) dijangka akan menghimpunkan lebih 2,000 belia dari Parlimen Bera dan kawasan berhampiran, menerusi pelbagai program menarik termasuk e-sukan. 

Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal selaku penganjur berkata karnival sehari bermula jam 9 pagi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera itu dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Selain e-sukan, karnival dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Pembangunan Manusia Berhad (HRDCorp) itu, antara lain turut melibatkan tawaran 1,500 kerja menerusi acara JaminKerja. 

"Setakat ini sebanyak 38 kumpulan e-sukan telah mendaftar dengan semuanya anak tempatan Bera, namun penyertaan juga terbuka kepada mereka dari luar Bera, bagi merebut hadiah berupa wang tunai serta cabutan bertuah. 

"Pasukan e-sukan negara, Team Haq Esports Club yang muncul juara perlawanan Liga Profesional Mobile Legend (MPL) MY musim ke-10 juga akan menghadiri karnival ini," katanya pada sidang media di Pusat media Parlimen Bera, Padang Luas di sini hari ini. 

Penganjuran pertandingan e-sukan itu bertujuan mencungkil bakal belia dalam sukan tersebut, yang kini telah menjadi kerjaya sukan dengan ramai pemain muda berjaya di peringkat antarabangsa. 

Selain itu, Mohamad Lukman Afiq berkata acara lain yang akan berlangsung ialah ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, konsert Keluarga Malaysia dan jualan pelbagai barangan menerusi trak makanan dan gerai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad