web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Faizal Nafi Naikkan Papan Iklan Sebagai Bahan Kempen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 12:00PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau yang menaikkan beberapa papan iklan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di sekitar Tambun tetapi ia sebaliknya dilakukan oleh penyokongnya.

Calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding bagi kerusi Parlimen Tambun itu berkata beliau tahu dan mengenali pihak yang menaikkan papan iklan itu malah sudah memberitahu supaya tidak menyertakan perkataan PN kerana bukan sebahagian daripada kempen parti.

"Saya fikir ia sesuatu yang 'bijak' dan harap ia sekadar untuk menambah warna semasa kempen ini. Walaupun nampak seperti menyindir tetapi sebahagian kita berpolitik tanpa perlu serangan peribadi dan sebagainya.

"Saya suka cara itu sebab beri sedikit elemen keseronokan, saya rasa okay sahaja," katanya ketika ditemui pemberita pada Ceramah Kelompok PN di Meru Perdana di sini malam tadi.

Ditanya mengenai dakwaan orang ramai berhubung kos bagi pemasangan dan pertukaran papan tanda sekitar Tambun yang dianggap membazir, beliau berkata ia bukan daripada parti atau dirinya sendiri kerana terdapat had perbelanjaan yang ditetapkan untuk berkempen mengikut peraturan.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan turut mempertikaikan saingannya yang menaikkan papan iklan di lebuh raya yang dipercayai melibatkan kos ratusan ribu selain pemasangan bendera yang terlalu banyak di kawasan awam.

Baru-baru ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan Ahmad Faizal menaikkan beberapa papan iklan di sekitar Tambun sebagai bahan kempen PRU-15.

Papan iklan itu antaranya memaparkan wajah Ahmad Faizal diiringi kata-kata 'Never Lost In Tambun', yang telah diturunkan dan digantikan dengan papan iklan baharu dengan tulisan 'Dari Tambun susur keluar ke Utara, 50m' dipercayai disasarkan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berasal dari Pulau Pinang.

Ia dikatakan sebagai respons kepada sebuah papan iklan dengan gambar Anwar dan tulisan 'Dari Tambun untuk Malaysia' yang dinaikkan di Jalan Chemur/Jalan Meru Impian dan sebelum ini, papan iklan menunjukkan gambar Ahmad Faizal dengan sindiran berkenaan sebutan 'air' dalam loghat Perak yang memaparkan kata-kata 'Ayor bukan Ayaq' tular di media sosial.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata kempen hari ketiga semakin rancak dengan pasukan melakukan lawatan rumah ke rumah termasuk menziarah penduduk yang sakit serta kerja pemasangan bendera parti selain memaklumkan akan melancarkan tambahan manifesto bagi negeri Perak yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Tambun berdepan Anwar mewakili PH dan Ketua UMNO Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang mewakili BN serta Abdul Rahim Tahir dari Pejuang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Pencabulan Bahasa Dalam Iklan Jadi Norma Yang Sukar Dibetulkan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar