web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Pantau Peningkatan COVID-19 Sepanjang Kempen PRU-15 - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 2:33PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Kementerian Kesihatan (KKM) terus memantau peningkatan kes COVID-19 sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU1-5) selain mengemaskini pendekatan yang akan diambil bagi mengekang penularan virus itu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata walaupun kes harian COVID-19 menunjukkan peningkatan, namun keadaan masih terkawal berdasarkan kepada data kemasukan pesakit ke hospital akibat jangkitan yang rendah.

“Setakat ini terkawal, macam Omicron walaupun kes naik tapi kemasukan hospital tidak tinggi dan kadar kematian rendah, jadi kita anggap ini adalah gelombang jangkitan tapi dari segi keterukan, tidak berapa teruk,” katanya ketika ditanya mengenai peningkatan kes COVID-19 menjelang PRU-15.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kempen Calon Sungai Buloh Sarapan di sebuah restoran di Kota Damansara di sini hari ini.

Khairy berkata KKM pada masa sama telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) PRU-15 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya,  jabatan kesihatan di setiap negeri turut diarahkan untuk menyediakan pegawai kesihatan tambahan bagi membantu pesakit COVID-19 keluar mengundi di pusat pengundian masing-masing.

“Cuma kita tidak mahu mereka (pesakit COVID-19) berada di tempat pusat mengundi terlalu lama, pesakit daftar, tunjuk pegawai kesihatan yang ditempatkan di pusat mengundi digital MySejahtera, tidak perlu beratur, mengundi dan terus keluar,” katanya.

Oktober lepas, Khairy memaklumkan kementeriannya akan melaksanakan SOP COVID Safe Election, dengan mengesyorkan individu positif COVID-19 dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU-15.

Dalam perkembangan lain,  Khairy yang juga calon BN di kerusi Parlimen Sungai Buloh berkata beliau bakal mengupas beberapa isu tempatan dalam manifesto yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

“Strategi saya adalah untuk kita mengkhususkan kempen ini, pertandingan di Sungai Buloh adalah berkenaan isu di Sungai Buloh. Kemudian kita nak tahu apa yang saya perlu buat dan isu yang bakal diperjuang di peringkat nasional.

“Mereka juga ingin melihat saya bukan sahaja sebagai ahli Parlimen tetapi juga mampu memainkan peranan di peringkat lebih tinggi. Saya perlu berjumpa penduduk melalui perjumpaan bersemuka,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berdepan saingan tujuh penjuru termasuk calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R Ramanan dari PKR, Mohd Ghazali Md Hamim (PN-PAS), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia (PRM)) serta dua calon Bebas - Nurhaslinda Basri dan Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff.

Pada 2018, R Sivarasa dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 26,634 undi. Penyandang itu tidak mempertahankan kerusi berkenaan berikutan masalah kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan