web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pasar Awam, Kedai Makan Jadi Lokasi Pilihan Calon Dekati Pengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 2:52PM

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Bera P090 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni penduduk ketika tinjauan mesra sempena tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pasar sehari Kerayong, Bera hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memasuki hari kedua kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rata-rata calon mula mendekati pengundi di kawasan Parlimen masing-masing dengan pelbagai program, antaranya berkunjung ke lokasi tumpuan awam seperti pasar dan premis makanan.

Lokasi tersebut yang sememangnya menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi untuk membeli barangan keperluan dan bersarapan bersama keluarga, adalah ‘lokasi strategik’ bagi calon menyantuni dan mendekati pengundi. 

Penyandang Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, hari ini memulakan kempen dengan menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Sehari Kerayong.

Terkenal dengan sikapnya yang mesra khususnya terhadap kanak-kanak, Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak kekok mendekati masyarakat, malah sering disapa ‘atok’ - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri
Terkenal dengan sikapnya yang mesra khususnya terhadap kanak-kanak, Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak kekok mendekati masyarakat, malah sering disapa ‘atok’ - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri

Terkenal dengan sikapnya yang mesra khususnya terhadap kanak-kanak, calon Barisan Nasional (BN) itu dilihat tidak kekok mendekati masyarakat, malah sering disapa ‘atok’.

Gagasan Keluarga Malaysia yang dicetuskan Ismail Sabri pada Oktober 2021, diterjemahkan dalam setiap programnya termasuklah ketika berkempen.

Ternyata pendekatan kekeluargaan dalam menyatukan pelbagai kaum dan fahaman itu, menjadi resepi utama yang berjaya mendekatkan beliau dengan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Gagasan Keluarga Malaysia yang dicetuskan Ismail Sabri pada Oktober 2021, diterjemahkan dalam setiap programnya termasuklah ketika berkempen - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri
Gagasan Keluarga Malaysia yang dicetuskan Ismail Sabri pada Oktober 2021, diterjemahkan dalam setiap programnya termasuklah ketika berkempen - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri

Calon Parlimen Sepang Datuk Seri Rina Mohd Harun turut mendekati pengundi di kawasannya dengan menyantuni lebih 50 pelanggan yang memanfaatkan cuti hujung minggu bersarapan bersama keluarga di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Puchong.

Calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu yang berasal dari Sepang itu, diibaratkan bagai sirih pulang ke gagang pada PRU kali ini, setelah sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa.

Pantang berundur sebelum berjuang; calon BN Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh, yang menyifatkan gelanggang PRU-15 sebagai pertarungan paling sengit dalam karier politiknya, tetap giat berkempen bagi memikat pengundi di kawasan baharu yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan UMNO.

Wakil rakyat Rembau selama tiga penggal itu memulakan agenda dengan bersarapan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Kota Damansara sebelum memeriahkan Program Kacau Wajik Durian anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Paya Jaras Tengah.

Selain itu, calon Pakatan Harapan daripada PKR di Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melakukan beberapa walkabout di pasar pagi, pusat penjaja dan premis makanan di kawasan itu seawal 9 pagi tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut dijadualkan menghadiri program santai bersama anak muda dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Tadika Perpaduan Sri Pulau Pinang.

Berbeza dengan calon lain, calon BN di Parlimen Seputeh Lee Kah Hing pula menggunakan pendekatan gaya hidup sihat dengan bersenam bersama komuniti di Taman Bukit Jalil, sebelum singgah di pasar pagi OUG untuk beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar