web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: 8 Kertas Siasatan, 4 Tangkapan Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 12:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dengan empat tangkapan dilakukan dalam tempoh 24 jam sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bermula semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, lapan kertas siasatan yang dibuka tersebut membabitkan negeri Selangor (dua), Sarawak (dua), dan masing-masing satu Pulau Pinang, Pahang, Kelantan serta Sabah.

Menurut beliau, empat tangkapan turut dilakukan di dua negeri iaitu tiga di Sarawak dan satu di Selangor berdasarkan laporan yang diterima sepanjang tempoh berkenaan.

“Dua kertas siasatan yang dibuka di Selangor adalah membabitkan Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 dan Seksyen 447 KK bersama 143(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016.

“Akta yang sama iaitu Peraturan 143 PPPA 2016 dan Seksyen 447 KK turut dibuka dalam dua siasatan di Sarawak,” katanya hari ini.

Selain itu, Hazani berkata, polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 KK di Pahang, melibatkan ugutan jenayah namun masih tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

“Di Pulau Pinang polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 24 (B) (10) Akta Pilihan Raya 1964 manakala di Kelantan satu kertas siasatan dibuka membabitkan Seksyen 500 KK bersama Seksyen 233 AKMM.

“Terakhir di Sabah, satu kertas siasatan dibuka membabitkan Seksyen 147 KK bersama Seksyen 24(A) (2) Akta Pilihan Raya 1954,” katanya.

Sementara itu, Hazani yang juga Pengarah Op PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu, 289 permit ceramah dikeluarkan pihaknya di seluruh negara.

“Bagaimanapun, terdapat 19 ceramah didapati berlangsung tanpa permit polis iaitu di Selangor (11), Perak (lima), Pahang (satu) dan Terengganu (dua),” katanya. - Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan