web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendapatan Rendah Faktor Selangor Terendah Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 4:00PM

Pendapatan rendah dan isu ekonomi antara faktor utama Selangor berada pada kedudukan terendah dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendapatan rendah dan isu ekonomi antara faktor utama menjadikan Selangor berada pada kedudukan terendah dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ini berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus. 

“Indeks paling tinggi direkodkan di Labuan iaitu 9.29 peratus diikuti Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu dan Selangor paling bawah. Apa yang paling rendah kalau ikut komponennya adalah pendapatan dan ekonomi. 

“Sebab itulah hari ini kita bawakan program KASIH@SMILE di kawasan komuniti Putra Perdana, Puchong bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada usahawan kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), selain program sokongan lain seperti Wanita Bangkit yang menawarkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program KASIH@SMILE di Dewan Komuniti Putra Perdana, Puchong dekat sini hari ini. 

Rina berkata usaha mempertahankan keutuhan institusi keluarga serta mengekalkan tahap kesejahteraan keluarga merupakan tanggungjawab bersama semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan mahupun setiap individu dalam keluarga.

Pada majlis itu, Rina turut menyumbangkan 1,000 topi keledar kepada kanak-kanak yang memerlukan di komuniti itu.

Program KASIH@SMILE diadakan sempena Bulan Keluarga Malaysia yang disambut pada November bertemakan ‘Kasih Keluarga Malaysia’.

Pelbagai aktiviti disusun seperti bual bicara yang menampilkan personaliti dan pakar kekeluargaan; pameran dan perkhidmatan di bawah KPWKM; program e-sukan dan aktiviti sukan indoor; serta program kerohanian Maulid Akhbar yang akan dikendalikan oleh kumpulan nasyid terkenal tanah air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad