web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hubungan 2 Hala Algeria, Malaysia Capai Kemajuan Ketara - Duta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 2:54PM

Pemandangan di salah sebuah bandar di Algeria. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hubungan dua hala Algeria dan Malaysia mencapai kemajuan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan kerjasama serta meneroka peluang pelaburan antara kedua-dua negara, kata Duta Algeria ke Malaysia, Saad Maandi.

Maandi berkata terdapat potensi dalam bidang tenaga, lombong, industri, perdagangan, perusahaan kecil dan sederhana, pelancongan, perkhidmatan udara, pengangkutan maritim, perikanan dan akuakultur serta kerjasama dalam bidang pemodenan pentadbiran awam.

“Kami berhasrat untuk membangun dan memperkukuh lagi kerjasama dua hala dalam kedua-dua bidang ekonomi dan komersial...untuk menjadikan hubungan antara Algeria dan Malaysia lebih kukuh dan membuahkan hasil,” katanya dalam temu bual dengan Bernama. 

Beliau berkata banyak draf perjanjian sedang dipertimbangkan antara Algiers dan Kuala Lumpur. Pemuktamadan dan pemeteraian perjanjian itu kelak akan merintis jalan kepada kerjasama dua hala untuk manfaat rakyat kedua-dua negara.

Sehubungan itu, Maandi menegaskan keperluan untuk mengaktifkan semula mekanisme perkongsian dua hala khususnya Suruhanjaya Bersama Malaysia Algeria.

Duta Algeria itu tutut menggalakkan penubuhan Majlis Perniagaan Malaysia Algeria yang pada hemat beliau boleh menyediakan rangka kerja yang sesuai kepada komuniti perniagaan kedua-dua negara untuk mengenal pasti dan meneroka peluang perdagangan serta pelaburan.

Undang-undang pelaburan baharu Algeria yang diluluskan kerajaan baru-baru ini bertujuan menarik pelabur asing dan memperbaiki iklim perniagaan, sudah tentu akan menggalakkan pelabur Malaysia mencari peluang pelaburan dan menjalankan perniagaan di Algeria, katanya.

Beliau berkata adalah penting untuk menggalakkan kedua-dua komuniti perniagaan dan pihak berkepentingan bertemu lebih kerap bagi mengenal pasti dan mengeksploitasi peluang perniagaan baharu serta mewujudkan perkongsian.

"Sudah tentu, pertukaran lawatan pegawai tinggi dan mesyuarat mekanisme sedia ada akan menyumbang kepada peningkatan perkongsian kami ke peringkat lebih tinggi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad