web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sungai Muar Melimpah, 17 Penduduk Di Segamat Dipindahkan Ke PPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 12:47PM

Beberapa buah rumah di daerah Segamat telah dinaiki air susulan limpahan air Sungai Muar sejak semalam. - Gambar dari Facebook Balai Polis Segamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Limpahan air Sungai Muar yang berlaku sejak semalam telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air sehingga paras lutut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat Hasrin Kamal Hashim berkata susulan itu seramai 17 penduduk dari lima keluarga yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada 8 pagi tadi.

Setakat 12 tengah hari ini, jumlah penduduk terjejas banjir masih tidak berubah, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mereka yang terjejas melibatkan penduduk Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Tidak hujan sejak dua atau tiga hari lepas, bagaimanapun paras air sungai di Negeri Sembilan meningkat dan telah menyebabkan Sungai Muar turut melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk berdekatan dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa ditempatkan di Balairaya Kampung Batu Badak. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad