web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Sampel Baby Nanas Miliki Siklamat, Peniaga Diberi Amaran Patuhi Peraturan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 4:15PM

Sebelas sampel buah nanas kecil yang turut digelar baby nanas dikesan mengandungi bahan pemanis tanpa zat dikenali sebagai siklamat - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelas sampel buah nanas kecil yang turut digelar baby nanas dikesan mengandungi bahan pemanis tanpa zat dikenali sebagai siklamat.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, nanas yang sama pernah tular di negara ini sekitar 2017 dan 2019.

Menurut beliau, siklamat adalah pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali ganda lebih tinggi berbanding gula.

“Codex General Standard for Food Additives (GSFA) membenarkan penggunaan siklamat dalam makanan tertentu seperti jem dan jeli.

“Penggunaan bahan itu bagaimanapun tidak dibenarkan ke atas buah-buahan segar, sama ada telah dikupas atau sedia dimakan dan ia turut disokong oleh Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Jurucakap itu berkata, KKM menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah meningkatkan pemantauan terhadap nanas di pasaran tempatan sejak 2017.

“Bermula 2021, kementerian telah melaksanakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) ke atas baby nanas (kulit berkupas) yang diimport ke dalam negara.

“Sebanyak 115 sampel buah nanas telah diambil setakat ini untuk dianalisis dan 11 daripadanya sah mengandungi siklamat,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pihak yang didapati bersalah telah dikenakan denda berjumlah RM8,500.

“KKM akan terus memantau penjualan atau proses membawa masuk buah nanas bagi memastikan ia mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan.

“Kami turut bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) bagi berkongsi maklumat atau data, serta memantau nanas yang dijual di pasaran tempatan,” katanya.

Beliau memberi ingatan, sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Peniaga diberi amaran agar tidak mengaduk atau menjual buah baby nanas yang mengandungi siklamat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan mengenai baby nanas diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 3 (BKKM),” katanya. - Getaran, 1 November 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad