web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sungguh Sedih, Mengecewakan Anak Muda Islam, Bertudung Litup Rai Pesta Halloween’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 9:00AM

Gambar sambutan Halloween di Arab Saudi yang tular di media sosial. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul yang mengorbankan 154, termasuk 26 warga asing malam Sabtu lalu, ternyata mengejutkan ramai.

Sambutan pertama pesta itu yang diadakan sejak Korea Selatan melonggarkan kebanyakan sekatan COVID-19 bertukar tragedi, selepas puluhan ribu peserta berkumpul di sebuah lorong sempit dan curam berhampiran dengan Hotel Hamilton.

Namun, di sebalik tragedi hitam itu, pesta tersebut turut diraikan secara besar-besaran di Arab Saudi, bahkan menjadi ikutan anak muda di negara ini.

Ia dapat dilihat menerusi beberapa gambar sambutan pesta itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Perkara itu mendapat perhatian pendakwah terkemuka, Ustazah Asma Harun yang meluahkan rasa kecewa dengan trend golongan muda beragama Islam menyambut perayaan tersebut.

Jelas beliau, hukum menyambut perayaan tersebut adalah haram kerana bertentangan dengan nilai syariah Islam sebenar.

“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini kita melihat pesta Halloween seolah-olah menjadi budaya sedang dinormalisasikan.

“Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri, sudah mula tular di media sosial gambar anak muda Melayu Islam bertudung litup turut menyambut pesta ini. Allahuakbar,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Menurut beliau, berdasarkan kajian sejarah, didapati perayaan itu merupakan syiar bagi sebahagian penganut Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh.

Katanya, Rasulullah SAW juga melarang umat Islam menyerupai kaum kafir.

“Seorang Muslim itu dilarang untuk berkelakuan, meniru gaya atau pakaian khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadap individu menyerupai perkara tersebut.

“Bukan itu sahaja, pesta sebegini juga mencetuskan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta pendedahan aurat tidak terkawal dalam kalangan mereka yang menyambutnya,” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa pemimpin Islam supaya membantah apa jua acara melibatkan maksiat dan hiburan melampau bukan sahaja pesta Halloween.

“Duhai pemimpin Islam, lakukanlah sesuatu. Tugas sebagai seorang pemimpin amat besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam.

“Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa membimbing pemimpin Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah,” katanya.

Sementara itu, fatwa dari islamweb.net menyatakan bahawa meraikan Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan turut disambut kaum bukan Islam.

Justeru katanya, ibu bapa dilarang menghantar anak masing-masing turut serta dalam perayaan ini.

Secara umumnya, Halloween adalah perayaan sebahagian daripada penganut Kristian yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.

Ia bertujuan untuk memperingati mereka yang meninggal dunia termasuk golongan suci (saints) dan pejuang agama (martyrs) dalam kalangan orang Kristian.

Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak mitos yang menakutkan.

Hari ini, pesta Halloween biasanya diraikan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh pergi rumah ke rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat berhantu, melakukan ‘prank’ (gurauan) dan menyampaikan cerita seram. - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad