web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Pijak Rangoli Digantung Tugas, KPJ Mohon Maaf Secara Terbuka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 7:06PM

KPJ Healthcare Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya turut membuat laporan polis mengenai insiden tersebut dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lelaki yang memijak dan berjalan di atas rangoli di Hospital Pakar KPJ Klang (KPJ Klang) baru-baru ini, digantung tugas sementara menunggu siasatan kes tersebut selesai.

KPJ Healthcare Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya turut membuat laporan polis mengenai insiden tersebut dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Kami kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu ini dan pihak terbabit telah digantung kerja sementara menunggu siasatan lanjut.

“Kami juga ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia, khususnya masyarakat India, berkaitan dengan video yang tular di salah satu premis kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, KPJ Healthcare sentiasa menyantuni dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa KPJ Healthcare tidak membenarkan tindakan sedemikian dan sama sekali tidak mencerminkan budaya, nilai atau amalan kami,” katanya.

Awal hari ini, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao ketika dihubungi Getaran mengesahkan dua lelaki direman tiga hari selepas dipercayai terbabit dalam isu vandalisme apabila bertindak merosakkan Rangoli di KPJ Klang, baru-baru ini.

Katanya, dua individu terbabit adalah lelaki yang memijak dan berjalan di atas rangoli itu serta perakam video berkenaan.

Semalam, tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki merosakkan rangoli di KPJ Klang, sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati orang ramai.

Menerusi video berdurasi 39 saat yang turut tular di Twitter itu, kelihatan individu lengkap berbaju Melayu terbabit mengelilingi rangoli berkenaan sambil memijak dan menguisnya.

Terdahulu, Vijaya memaklumkan, kedua-dua individu terbabit dipanggil memberi keterangan susulan laporan dibuat Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.

Manakala, KPJ Klang menegaskan, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular itu yang didakwa membabitkan seorang daripada kakitangannya melakukan tindakan tidak profesional berkenaan.

Ujarnya, KPJ Klang tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan tidak menghormati pihak lain yang membabitkan kakitangannya dalam kawasan hospital. - Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar