web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Iktibar Konflik Serantau, Perkukuh Aset Pertahanan Negara - BERSATU Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 8:21AM

Jaziri Alkaf Abdillah Suffian - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia wajar mengambil iktibar daripada krisis geopolitik serantau, termasuk konflik yang berlaku antara Russia dan Ukraine, dengan memperhebat aspek ketenteraan serta pertahanan.

Pengerusi BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, secara sedar atau tidak, negara sering berdepan ancaman pihak tertentu yang membimbangkan rakyat.

Serentak dengan itu, aspek pertahanan dan keselamatan jelasnya, perlu ditambah baik, mengambil kira keadaan usang dan uzur dan melatari aset milik pasukan berkaitan.

“Perbezaan aset milik negara dengan pihak lain iaitu negara jiran keliling kita amat luas, malah mereka tidak lokek berbelanja besar demi memperhebat keupayaan aset masing-masing,” katanya.

Jelas Jaziri, belanja besar dikeluarkan itu sedikit sebanyak membimbangkan rakyat, khususnya di Sarawak yang sering menyaksikan sendiri insiden pencerobohan negara tertentu, termasuk di perairan Laut China Selatan.

“Satu ketika dahulu, Vietnam jauh di belakang berbanding Malaysia, tetapi kini mereka mampu membelanjakan sehingga ASD5.5 bilion (RM25.97 bilion) hanya untuk memperkasa keselamatan negara.

“Thailand dan Indonesia apatah lagi. Pandemik COVID-19 bukan alasan kerana masing-masing menyalurkan peruntukan berjumlah ASD7 bilion (RM33.06 bilion) serta ASD125 bilion (RM590.31 bilion) bagi tujuan sama,” katanya.

Beliau memberitahu, semua perbelanjaan itu disalurkan kepada usaha menambah baik aset ketenteraan dan pertahanan, bagi memastikan ia kekal relevan dengan senario semasa.

“Malaysia perlu bertindak segera dalam hal ini. Kita sedia tahu keupayaan aset negara berada pada tahap yang tidak memuaskan.

“Bagaimana kita mahu memastikan kedaulatan dan keselamatan negara kekal terjamin, jika keadaan serta keupayaan semasa semua aset meragukan,” keluhnya.

Jaziri mengulas lanjut, pencerobohan yang semakin kerap berlaku adalah bukti bahawa kerajaan perlu memperkasa aspek keselamatan negara.

“Baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan serpihan roket di Sarawak. Ruang udara kita juga pernah diceroboh pesawat asing, kononnya untuk latihan ketenteraan.

“Ini termasuk juga tuntutan ke atas kawasan tertentu dalam negara. Jika dibiarkan atau dipandang enteng, tidak mustahil akan berlaku insiden lebih serius,” tegasnya.

Rakyat Sabah dan Sarawak katanya lagi, tidak mahu hanya mendengar janji manis pihak berkaitan, sebaliknya menuntut langkah holistik dalam memastikan aspek keselamatan kekal terpelihara di kedua-dua negeri.

“Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertahanan perlu bertindak segera. Kerajaan negeri juga tidak boleh berlepas tangan.

“Jangan hanya sekadar berjanji tapi kelak dimungkiri,” katanya. - Getaran, 31 Oktober 2022











 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad